e

Saturday, October 5, 2013

Penangan B Daman Pada Anak Buah



Rasanya, baru hari tu Zam terbaca kisah tentang seorang blogger dan anaknya tentang permainan B Daman ni. Dan pernah juga Zam terjumpa seorang kakak di kedai runcit melayan kerenah anaknya yang mahukan B Daman ini dibelikan. Waktu tu, dalam hati Zam rasa nak cakap pada kakak tu, usah dibeli.. Membazir sahaja RM10 untuk permainan tu. Kebanyakan permainan seperti ini diborong dari China, dan kos untuk setiap satunya tak mahal pun sebenarnya. Mungkin tak sampai seringgit. Kemudian ia dijual dengan harga yang mahal apabila sampai ke kedai.. Rasa sangat-sangat membazir..

Rupanya, penangan B Daman ini terkena juga pada anak buah Zam.. Adehhh.. Rasanya memang trend budak-budak zaman sekarang ni.. Nak beli yang original, lagilah mahal.. Jadi, yang biasa-biasa yang dijual di kedai runcit ini lah yang jadi pilihan. Tak apalah, sekali sekala.. Sebab permainan ni dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif & psikomotor halus sebenarnya (fikir positif.. hehe). Lepas ni, jangan dibiasakan membeli mainan dengan kerap.. Takut membazir pula. Kan :)

12 comments:

  1. Samalah..... doter i pun balik tadika request b daman. Zaman kita dulu suria baja itam. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. suria baja hitam tu mmg rncgn kegemaran Zam!

      Delete
  2. adik lia ade dlm 3 b daman sorang.. huuuuhhh. ade yg die nk beli rm15.. katenye gune duit sndri. haha.. tpi,, membazir jugak walaupon gune duit tabung ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah, itulah, wlpn duit sendiri, rs lg lah membazir.. boleh beli benda lain

      Delete
  3. B daman nie dah jadi koleksi, mula-mula tak faham apa itu b daman bila anak citer baru tahu satu anime baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. menimbulkan kepeningan pd ibu bapa je

      Delete
  4. Hoho.Dekat rumah bersepah dengan mainan ni,adess!

    ReplyDelete
  5. boleh dikatakan seminggu tu mesti ada satu saya rampas si B DAMAN ni kat sekolah
    main dalam laci
    kerje tak buat
    ish

    ReplyDelete
  6. payah tu.. klu xdiikiutkan, menangis

    ReplyDelete
  7. oh..saya tak tau pasal b daman sbb anak buah saya tak pernah sebut b daman..dia cuma kisah pasal barbie je..hehehe

    ReplyDelete