Masterchef All Stars Malaysia Episod Pertama- Assalamualaikum & selamat malam. Tentu ramai peminat rancangan realiti masakan ini menantikan kemunculan peserta-peserta kegemaran mereka kembali beraksi di dapur Masterchef. Buat anda yang baru mengikuti rancangan ini, Masterchef All Stars Malaysia menghimpunkan peserta dari musim-musim sebelum ini, termasuklah dari Masterchef Selebriti. Mereka yang dimaksudkan ialah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanie, Enot, Brian, Imelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahriah.
(hidangan dari Shahriah)
Bagi episod pertama ini, cabaran ujian cipta rasa dimenangi oleh Shahriah dan Celina. Tahniah diucapkan kepada mereka, namun tidak bermakna mereka akan sentiasa berada di atas kerana mengikut pengalaman sebelum ini, rancangan ini juga banyak dipengaruhi oleh nasib, terutamanya dalam cabaran berkumpulan.
Teruskan menonton Masterchef All Stars Malaysia yang akan ditayangkan setiap Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria. (gambar & sumber dari page Masterchef Malaysia @ Facebook)
tgk jugak sekejap prgrm ni tadi..
ReplyDeletezam terlepas, jd terpaksa ikut perkembangan dr page official
Deleteterbaik......
ReplyDeleteSya suka tgk rancangan masak2.best...sedap..
ReplyDeletesame ar.. seronok tgk.. sambil2 rasa teringin nk mkn.
Deletehehe
memang best
ReplyDeleteterbaik ;)
DeleteWah, kak Shahriah masuk masterchef semula tu. Goodluck kak Shahriah :)
ReplyDeletepminat, atau kenalan, atau family?
Deleterugi xtgk..huhu
ReplyDeletezam pun sama.. waktu ulangan pulak, zam tak pasti.. huhu
Delete