e

Showing posts with label masterchef all stars malaysia. Show all posts
Showing posts with label masterchef all stars malaysia. Show all posts

Tuesday, January 28, 2014

Juara Masterchef All Stars Malaysia 2014

Assalamualaikum dan selamat petang. Seperti yang diketahui ramai, malam ini akan berlangsungnya siaran rancangan realiti masakan Masterchef All Stars pentar akhir yang menampilkan dua orang finalis, iaitu Celina Khor dan Zamir. Keputusannya pasti menjadi tanda tanya yang ingin dirungkaikan segera buat peminat semua, lebih lebih lagi ramai yang berharap agar Zamir menjadi juaranya. Tapi tak kurang juga yang memilih Celina, kerana latar belakangnya sebelum ini yang membuktikan dia benar benar pandai memasak.

Apapun, sama sama kita nantikan siaran pentas akhir Masterchef All Stars Malaysia malam ini di Astro Ria 104 pada pukul 9.00. Selamat menonton ya~

Monday, January 27, 2014

Masterchef All Stars Malaysia Episod 39 - Akhirnya 2 Finalis Akhir Diketahui! Tahniah!!


Assalamualaikum dan selamat malam peminat Masterchef semua. Akhirnya, teka teki selama ini tentang siapakah yang melayakkan diri ke final Masterchef All Stars Malaysia telah diketahui sebentar tadi. Dengan tersingkirnya Brian malam ini (episod 39), maka dengan rasminya Celina & Zamir telah berjaya menempah 'tiket' ke pentas terakhir esok. 

Masterchef All Stars Malaysia Episod 38- Soo Wincci Tersingkir



Assalamualaikum & selamat malam. Seperti yang dijanjikan, Zam kembali dengan update untuk Masterchef All Stars Malaysia Episod 38, dimana menyaksikan penyingkiran Soo Wincci. Berada di kedudukan 4 terbaik, penyingkiran Soo Winci mungkin tidak dijangka oleh sebilangan peminat memandangkan reputasinya yang baik selama ini. Namun, apabila berada di kedudukan peserta terbaik, apa sahaja boleh berlaku, dan bergantung kepada kemahiran & nasib juga dalam menentukan keputusan hari ini.

Sunday, January 26, 2014

Masterchef All Stars Malaysia Vs Anugerah Juara Lagu



Assalamualaikum & selamat malam semua~ Dalam entri sebelum ni, Zam ada kata walaupun kepenatan dan mengantuk selepas seharian sibuk, Zam tak mahu tidur lagi kerana nak menonton rancangan yang best best malam ni. Ada dua, dan tentu ramai yang tahu malam ni merupakan kemuncak Anugerah Juara Lagu 2013 dan dalam masa yang sama, Masterchef Allstars Malaysia telah memasuki episod semi final dalam memilih 3 dari 4 peserta terbaik untuk ke episod final. Kalau korang, nak tengok yang mana?

Saturday, January 18, 2014

Masterchef All Stars Malaysia Episod 32 (Tonton Online)


Assalamualaikum & selamat malam pembaca semua. Malam ni Zam nak kongsikan video Masterchef All Stars Malaysia Episod 32 kepada anda sebab Zam tertarik dengan menu yang menjadi cabaran pada hari itu, iaitu Beriani. Tambahan pula Zam terlepas menontonnya baru-baru ini, jadi alhamdulillah mujur terjumpa video ni.

PS: Imelda nampak lebih cantik bila bertudung.. 




Sunday, December 8, 2013

Along Tersingkir Dalam Episod 10 MasterChef All Stars Malaysia



Assalamualaikum & selamat malam. Pada peminat rancangan MasterChef All Stars, mungkin ada yang tidak menyangka rezeki malam ini tidak berpihak kepada Along setelah tersingkir dalam cabaran bertemakan daun pisang tadi. Sebelum itu, 5 peserta lain yang terlibat dalam cabaran penyingkiran ialah Azwan Ali, Che Lah, Brian, Shahriah dan Imelda. Sudah tentu, daun pisang cukup sinonim dengan masakan India seperti Thali yang pernah Zam ceritakan sebelum ini, dan peserta perlu menampilkan menu yang melambangkan tema yang diberi.

Tuesday, November 26, 2013

Masterchef All Stars Malaysia Episod 4: Enot & Kenchana Tersingkir


Assalamualaikum & selamat malam. Akhirnya, setelah bersiaran untuk 4 episod, malam ini menyaksikan penyingkiran 2 peserta Masterchef All Stars Malaysia sekaligus iaitu Enot & Kenchana Devi. (Natijah dari tiada penyingkiran sebelum ini). Sesuatu yang diluar jangkaan Zam kerana Zam menyangkakan mereka akan bertahan lebih lama berdasarkan prestasi mereka dalam Masterchef Selebriti 2 sebelum ini. 

Saturday, November 23, 2013

Masterchef All Stars Malaysia Episod Pertama



Masterchef All Stars Malaysia Episod Pertama- Assalamualaikum & selamat malam. Tentu ramai peminat rancangan realiti masakan ini menantikan kemunculan peserta-peserta kegemaran mereka kembali beraksi di dapur Masterchef. Buat anda yang baru mengikuti rancangan ini, Masterchef All Stars Malaysia menghimpunkan peserta dari musim-musim sebelum ini, termasuklah dari Masterchef Selebriti. Mereka yang dimaksudkan ialah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanie, Enot, Brian, Imelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahriah.