e

Sunday, January 26, 2014

Tak Sedar Dah Lewat Petang Baru Sampai Ke Rumah



Assalamualaikum rakan pembaca semua.. Hari ni, entri Zam berkisarkan aktiviti yang dilakukan sejak pagi tadi sehinggalah ke tengah hari. Memang tak sempat nak kongsikan entri lain, memandangkan sibuk dengan tutorial pertama di OUM untuk semester ke 7 sampai pukul 3 petang. Kemudian, selesai saja urusan di OUM, Zam terus ke bandar Kuching mencari barang keperluan & tak lupa juga, makanan untuk si Ah Keng. Baru 2 hari lepas Zam kehabisan bekalan makanan kucing, & kalau tak beli kesian pula mengenangkan ia mengiau dari luar dapur rumah Zam. 

Sampai saja ke rumah, baru sedar dah pukul 5.. Macam cepat je masa berlalu.. Tak sedar pun.. Lewat dah sebenarnya, tapi petang tadi cerahnya macam baru pukul 3 atau 4.. Badan ni dah letih semacam, termasuk rasa mengantuk yang menjadi-jadi sejak tengah hari. Nak tidur, masih awal.. Lagipun malam ni nak layan beberapa rancangan best.. Kalau boleh tak nak terlepas.. 

PS: Macam ni lah lumrah kehidupan.. Makin lama, makin cepat masa tu berlalu.. Harap harap semua rancangan yang dah diatur dapat dilaksanakan dengan baik dalam tahun ni..

5 comments:

  1. kadnag2 kite dok bz wat keje tau2 da kol bape d..cpt aje mse berlalu skg ni +__+

    ReplyDelete
    Replies
    1. same lah kat sekolah zam ni.. rs cepat btl masa brlalu

      Delete
  2. kalau dah sibuk memang tak sangka waktu begitu pantas berlalu....

    ReplyDelete