e

Showing posts with label zamir. Show all posts
Showing posts with label zamir. Show all posts

Tuesday, January 28, 2014

Tahniah Buat Zamir - Pemenang Masterchef All Stars Malaysia

(Sumber gambar)

Assalamualaikum & selamat malam. Akhirnya, menepati ramalan dan sokongan yang tinggi buatnya dari para peminat, Zamir dinobatkan sebagai pemenang Masterchef All Stars Malaysia. Menewaskan Celina, ia bukan satu tugas yang mudah kerana jumlah markah yang terkumpul diantara mereka untuk tiga hidangan tidak jauh. Namun menurut pendapat juri, hidangan Zamir lebih menyerlah dari Celina, walaupun setiap hidangan mereka tidak terlepas dari kritikan yang berat dari para juri.

Monday, January 27, 2014

Masterchef All Stars Malaysia Episod 39 - Akhirnya 2 Finalis Akhir Diketahui! Tahniah!!


Assalamualaikum dan selamat malam peminat Masterchef semua. Akhirnya, teka teki selama ini tentang siapakah yang melayakkan diri ke final Masterchef All Stars Malaysia telah diketahui sebentar tadi. Dengan tersingkirnya Brian malam ini (episod 39), maka dengan rasminya Celina & Zamir telah berjaya menempah 'tiket' ke pentas terakhir esok.