Assalamualaikum & selamat malam. Akhirnya, setelah bersiaran untuk 4 episod, malam ini menyaksikan penyingkiran 2 peserta Masterchef All Stars Malaysia sekaligus iaitu Enot & Kenchana Devi. (Natijah dari tiada penyingkiran sebelum ini). Sesuatu yang diluar jangkaan Zam kerana Zam menyangkakan mereka akan bertahan lebih lama berdasarkan prestasi mereka dalam Masterchef Selebriti 2 sebelum ini.
