e

Showing posts with label beriani. Show all posts
Showing posts with label beriani. Show all posts

Saturday, January 18, 2014

Masterchef All Stars Malaysia Episod 32 (Tonton Online)


Assalamualaikum & selamat malam pembaca semua. Malam ni Zam nak kongsikan video Masterchef All Stars Malaysia Episod 32 kepada anda sebab Zam tertarik dengan menu yang menjadi cabaran pada hari itu, iaitu Beriani. Tambahan pula Zam terlepas menontonnya baru-baru ini, jadi alhamdulillah mujur terjumpa video ni.

PS: Imelda nampak lebih cantik bila bertudung.. 




Friday, January 17, 2014

Belanja Nasi Beriani Satu Sekolah



Assalamualaikum dan selamat petang semua. Korang dah lunch ke masa break tadi? Kalau dah, alhamdulillah.. Zam pula, sebelum ke masjid untuk Solat Jumaat tadi, ada sepasang suami isteri yang merupakan pengusaha katering datang menghantar nasi beriani beserta lauk pauk ke sekolah untuk dijamu kepada semua staf termasuk murid murid. Alhamdulillah.. Murah rezeki kami hari ni.

Sunday, December 29, 2013

Projek Memasak Di Dapur Bersama Mak Pagi Ini



Assalamualaikum & selamat pagi.. Sesampainya Zam ke Serdang Jumaat lepas, mak Zam ajak memasak Beriani hujung minggu ni (kiranya hari ni lah). Jadi tadi dalam pukul 9 lebih, kami mulakan rancangan ni. Berkali kali jugalah Zam cuba fahami cara & langkah memasaknya yang ditsediakan di belakang kotak rempah beriani ni, sebab tak pernah buat kan. Takut tersalah, jadi memang perlu teliti dan berhati-hati.. Ada sesiapa yang suka nasi beriani kat sini, atau ada yang expert memasaknya? Zam percaya mesti ada kan ;)

Monday, December 2, 2013

Puas Hati Bila Hajat Tercapai

Assalamualaikum & selamat petang guys. 2 minggu lepas sebelum pulang ke Semenanjung, Zam ada ceritakan tentang keinginan Zam untuk merasa masakan India yang dikenali sebagai Thali. Mengetahui keinginin tersebut, seorang rakan baik di Serdang terus menelefon & mengajak Zam bercuti ke Ipoh. Bila Zam bersetuju, awal-awal lagi dia telah merancang aktiviti/tentatif jalan-jalan cari makan kami sepanjang berada di sana nanti. Tetapi kenapa Ipoh yang menjadi pilihan?

Rasanya tak salah kalau Zam katakan, Ipoh antara tempat yang menarik untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang best-best dan unik. Oleh kerana kawan Zam dah biasa dengan mencuba makanan di sana, jadi banyak tempat yang dia syorkan untuk Zam.

Berbalik kepada cerita Zam teringin nak makan makanan India tadi, jadi tempat pertama yang dikunjungi kami ialah Restauran Pakeeza- North Indian Cuisine di bandar Ipoh. Walaupun tiada Thali di dalam senarai menu, itu tak menjadi masalah kerana ia mempunyai persamaan dengan menu lain seperti Nasi Beriani di bawah.