Assalamualaikum & selamat petang guys. 2 minggu lepas sebelum pulang ke Semenanjung, Zam ada ceritakan tentang keinginan Zam untuk merasa masakan India yang dikenali sebagai Thali. Mengetahui keinginin tersebut, seorang rakan baik di Serdang terus menelefon & mengajak Zam bercuti ke Ipoh. Bila Zam bersetuju, awal-awal lagi dia telah merancang aktiviti/tentatif jalan-jalan cari makan kami sepanjang berada di sana nanti. Tetapi kenapa Ipoh yang menjadi pilihan?
Rasanya tak salah kalau Zam katakan, Ipoh antara tempat yang menarik untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang best-best dan unik. Oleh kerana kawan Zam dah biasa dengan mencuba makanan di sana, jadi banyak tempat yang dia syorkan untuk Zam.
Berbalik kepada cerita Zam teringin nak makan makanan India tadi, jadi tempat pertama yang dikunjungi kami ialah Restauran Pakeeza- North Indian Cuisine di bandar Ipoh. Walaupun tiada Thali di dalam senarai menu, itu tak menjadi masalah kerana ia mempunyai persamaan dengan menu lain seperti Nasi Beriani di bawah.
Nasi Beriani yang disediakan memang best, dan tak menghampakan Zam kerana ia setanding dengan kesedapan Beriani yang terdapat di tempat lain. Namun kesedapan tu bertambah bila buat pertama kali Zam mencuba menu lain yang unik dan tidak pernah ditemui di tempat lain sebelum ini, iaitu Mutton Palak di bawah:
Sebelum mencuba Mutton Palak (hidangan daging kambing) ini, Zam bayangkan rasanya pasti biasa-biasa seperti hidangan daging kambing yang pernah dicuba sebelum ini. Tapi sangkaan tu jauh meleset sebab rasanya jauh berbeza dan jauh lebih sedap. Bagi Zam, ia hidangan daging yang paling sedap Zam pernah makan sepanjang hidup ni.. Serius! Daging tu macam mencair di mulut, mungkin kerana lemaknya dan macam ada rasa seperti keju di dalamnya.. Mungkin mengandungi keju susu kambing di dalamnya, selain sayur bayam yang diracik halus-halus.
Menu seterusnya yang best, Malai Kofta di bawah. Sejak menonton Amina El Shafei (Masterchef Australia) memasak kofta, Zam memang nak sangat merasa dan mengetahui apakah sebenarnya kofta ni. Akhirnya terjawab juga persoalan tu bila Zam terpandang Malai Kofta di dalam menu dan memesannya.. Kofta ni seperti bergedil, cuma bahannya berbeza mengikut jenisnya (seperti kofta daging, kofta sayur dan sebagainya), kemudian dimasak bersama kuah kari. Yang dibawah ni, kofta sayur (malai kofta)
Menu sampingan lain, ialah kari ini. Tak lengkap rasanya makan Nasi Beriani tanpa kuah kari kan. Semestinya kuah kari tu menyedapkan lagi nasi yang dimakan.. memang terangkat!
Dan yang terakhir, minuman yang Zam pesan, Manggo Lassi. Sedap sangat menikmatinya, sampai terlupa Zam tak boleh minum air sejuk sebab nak elakkan batuk datang kembali.. Hehe
Jadi, demikian saja untuk entri makan-makan hari ini. Insya Allah lepas ni, Zam akan update lagi sambungan entri ni dengan hidangan lain yang best di negeri Perak ini. Tunggu~~
pernah juga rasa masakan orang india nie zam...sedap jugak...
ReplyDeleteyg ni, lebih kepada pakistan.. sb north indian kan :)
Deletejauh datang mencari makan rupanya..
ReplyDeletekawan yg ajak dan syorkan.. tu sampai ke tmpt jauh :)
Deletewah..sdapnya zam..:)
ReplyDeleteyup, mmg best nih
Deletesedap kan zam kalau berkesempatan zam p la india p makan thail yang ori punya..
ReplyDeletewah jauhnya.. haha
DeleteTeringin juga.
ReplyDeleteleh cuba cari kat tempat sendiri nanti :)
Deleterestoran pazeeka ni menyediakan masakan india utara y sedap2. dr sy belum sekolah smapi sekarang slalu g kedai ni. kalau bernasib baik, ada org main piano lagu hindustan secara live.
ReplyDeletereally? wow ;D
Deletebiasa makan nasi beriani jer....
ReplyDeleteleh cuba yg lain lps ni :)
Deletelink best meletop!
ReplyDeletehttp://curium-cr.com/my-5092878
http://curium-cr.com/my-5063462
http://bit.ly/17I0dtn
;))
DeleteWah.Bestnyaa :) Belum dapat merasa lagi...
ReplyDeletekalau berpeluang, cubalah k :)
Deletetahniah kerana hajat tercapai, heheh ^^
ReplyDeletehaha... komen ni xboleh blah.. hehehe
Deletebatu belah batu bertangkup :p
Deletesedapnya.. terliur jugak
ReplyDeleteha.. boleh cuba klu ada can ;)
Deletesedapnya..
ReplyDeleteyum ;)
Delete