e

Showing posts with label mutton palak. Show all posts
Showing posts with label mutton palak. Show all posts

Monday, December 2, 2013

Puas Hati Bila Hajat Tercapai

Assalamualaikum & selamat petang guys. 2 minggu lepas sebelum pulang ke Semenanjung, Zam ada ceritakan tentang keinginan Zam untuk merasa masakan India yang dikenali sebagai Thali. Mengetahui keinginin tersebut, seorang rakan baik di Serdang terus menelefon & mengajak Zam bercuti ke Ipoh. Bila Zam bersetuju, awal-awal lagi dia telah merancang aktiviti/tentatif jalan-jalan cari makan kami sepanjang berada di sana nanti. Tetapi kenapa Ipoh yang menjadi pilihan?

Rasanya tak salah kalau Zam katakan, Ipoh antara tempat yang menarik untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang best-best dan unik. Oleh kerana kawan Zam dah biasa dengan mencuba makanan di sana, jadi banyak tempat yang dia syorkan untuk Zam.

Berbalik kepada cerita Zam teringin nak makan makanan India tadi, jadi tempat pertama yang dikunjungi kami ialah Restauran Pakeeza- North Indian Cuisine di bandar Ipoh. Walaupun tiada Thali di dalam senarai menu, itu tak menjadi masalah kerana ia mempunyai persamaan dengan menu lain seperti Nasi Beriani di bawah.