e

Wednesday, November 27, 2013

Pasangan Muda Berumur 13 Dan 20 Bercerai Setelah Berkahwin Tahun Lalu

gambar sekadar hiasan


KULIM: Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.


Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.

26 comments:

  1. kesian pada remaja perempuan tu..Muda lagi dah dapat gelarang tu...nauzubillah bila dengar talak 3..

    ReplyDelete
  2. kenapa kejam sgt sampai dijatuhkan talak 3...memuda lg dah tpaksa terima gelaran janda...simpati dgn nasib si isteri...kot ye ada masalah rumahtangga, elakkan dari menjatuhkan talak 3 tu...sgt kejam kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah mcm mn dia menilai.. talak 3 tu..

      Delete
  3. Replies
    1. mcm melampau.. tp kita tak tahu cerita mereka kan

      Delete
  4. muda lagi... xleh nak fikir dengan rasional

    ReplyDelete
  5. ermm..
    mmg dedulu kwen awl tp dedulu tgkla laki pompuan nye mcm mne
    pompuan subuh bgn xtido dah , sbuk ke sg cuci bju msak sume
    laki subuh dah p berkebun ke ape

    la ni . sbuh pon wallhualam ..
    benda dah jadi ..jadikan iktibar .
    semua yg terjadi ada hikmahnya dan terjadi dgn izinNYA :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada betulnya juga.. tp xtahulah kes mereka ni sb apa.. cuma doakan yg terbaik utk mereka

      Delete
  6. kesiannya budak tu, sekolah pun belum habis... ke mana hala tujunya selepas tu? harap sekarang dia sudah ok dan sedang belajar atau kerja kat mana-mana, boleh cari rezeki halal sendiri...

    ReplyDelete
  7. Tak terkata la bila umur 13 tahun dah dapat talak 3. Tak berani nak komen lebih.

    ReplyDelete
  8. alahai...talak 3...emmm speechless

    ReplyDelete
  9. alahai... talak 3... hmm.... insya-allah ada hikmah disebalik kejadian..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. kalau ada sebab yg munasabah, mengapa tidak kan.. cuma alam perkahwinan ni, kena betul2 handle

      Delete
    2. ada dengar ceramah dari beberapa orang ustazah kat tv, sebelum seseorang wanita itu berkahwin, dia perlulah melengkapkan dirinya dengan ilmu yg secukupnya terlebih dahulu, jangan terus melangkah masuk ke alam perkahwinan dengan dada yang kosong tidak diisi dengan ilmu yang bermanfaat ^^

      wallahualam ^^

      Delete
    3. thanks utk perkonsian info ni :))

      Delete