e

Saturday, November 23, 2013

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Secara Online (RMR1M)

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Secara Online


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memiliki sebuah rumah yang merupakan keperluan asas ini semestinya menjadi idaman bagi mereka yang telah berkerjaya dan mempunyai keluarga sendiri. Namun, berdepan dengan keadaan sosio ekonomi negara sekarang mungkin membuatkan anda mengeluh kerana hakikatnya ia melibatkan kos yang semakin tinggi, selain terpaksa menanggung kos sara hidup yang lain. 

Walaubagaimanapun, kini dengan adanya bantuan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) bagi anda yang berkelayakan, ia akan meringankan beban anda dalam menangung kos memiliki rumah impian sendiri.



Syarat-Syarat Kelayakan Memohon RMR1M

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah antara RM750-RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan atau cagaran ke atasnya.
  • Tapak keluasan minimum 7,500kps.
  • Tertakluk kepada pinjaman bank.

Keistimewaan mengenai Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia ini adalah, mereka yang berkelayakan akan menerima subsidi dari kerajaan sebanyak RM20,000 dan 2% subsidi kerajaan untuk kadar faedah pinjaman bank. 

Antara senarai harga rumah yang ditawarkan:

a) 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air. Keluasan 1,000 kps. Harga RM 65,000 
b) 2 + 1 Bilik Tidur, 2 Bilik Air. Keluasan 850 kps. Harga RM 55,000 
c) 2 Bilik Tidur, 2 Bilik Air. Keluasan 700 kps. Harga RM 45,000 
d) Rekabentuk & pembinaan secara Teknologi Sistem Binaan Berindustri

*Sebagai contoh, pemohon memilih rumah dengan harga RM 65,000, dan dengan bantuan subsidi kerajaan sebanyak RM 20,000, pemohon yang layak (peminjam) hanya perlu membayar sebanyak RM 45,000 mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.

Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Secara Online



Perhatian: Pernyataan dalam tulisan merah (*) di atas merupakan tafsiran Zam mengenai RMR1M melalui perbincangan & sesi soal jawab bersama seorang rakan beberapa minggu yang lalu. Jika terdapat sebarang percanggahan mengenainya, harap dapat dimaklumkan segera kepada Zam.

10 comments:

  1. Replies
    1. insya Allah.. zam pun berminat juga sbnrnya

      Delete
  2. Zam..knp mak ain mohon tak dapat. Mak ain dah nk 13thn ibu tunggal/janda. Tak ad kje ttp..masih mnyewa rumah. :(

    ReplyDelete
  3. Zam..knp mak ain mohon tak dapat. Mak ain dah nk 13thn ibu tunggal/janda. Tak ad kje ttp..masih mnyewa rumah. :(

    ReplyDelete
  4. zam ..sekirannya saya sain akuan pelepasan tanah pd abg utk mohon rumah mesra rakyat 1 malaysia n sekirannya pemohonan lulus n kemudian pemohon gagal utk membayar bulanan yg ditetapkan ada ke tanah saya secara automatik tergadai...

    ReplyDelete
  5. saya tak ada rumah usang apalagi tanah jauh sekali, kalau ada tanah saya boleh jual beli rumah taman. sepanjang hidup , saya cuma menyewa kalau nak beli rumah bolehkah guna bantuan ini



    ReplyDelete