e

Saturday, November 16, 2013

Rasanya Zam Dah Boleh Mula Buat List..

Assalamualaikum & selamat malam guys.. Cuti sekolah dah bermula, jadi ramai cikgu yang dah pulang bercuti ke kampung halaman mereka sejak semalam lagi. Kalau ikutkan perangai Zam sebelum ni, memang awal-awal lagi dah terbang balik ke Semenanjung. Tapi memandangkan minggu depan kena bertugas di sekolah, jadi Zam pulang agak lewat dari biasa. Apapun, rasanya Zam dah boleh buat check list barang-barang yang Zam nak bawa pulang nanti.. Takut ada pula yang tertinggal nanti.. Lagipun cuti kali ni panjang, lebih kurang 6 minggu.

Biasanya Zam pulang dengan waran kerajaan menggunakan MAS di akhir tahun, jadi berat bagasi yang dibenarkan agak banyak- 30kg, membolehkan Zam bawa lebih banyak barang pulang bersama nanti. Kalau sebelum ni selalu bermain dengan bajet, gunakan Air Asia atau Malindo tanpa membeli ruang bagasi, jadi peluang kali ini harus digunakan sebaik mungkin.

PS: Akhir-akhir ni setiap kali pulang ke Semenanjung, Zam selalu tertinggal kawan kecil Zam ni di Kuching.. Terlupa.. Kalau tidak, dia lah model fotografi Zam selama ini.. Pulang kali ini, mesti dibawa bersama.. Tak boleh tinggal atau terlupa lagi!

14 comments: