e

Showing posts with label Danbo Photography. Show all posts
Showing posts with label Danbo Photography. Show all posts

Saturday, November 15, 2014

Danbo Flavors.. Zam Teringin Nak Satu Set!


Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Baru sebentar tadi, pengedar rasmi Danbo di Malaysia kongsikan info tentang satu set terbaru Danboard atau Danbo kepada para peminatnya di Facebook- Danbo Flavours (gambar atas). Mungkin ramai yang pernah melihat Danbo sebelum ini, dan mungkin juga ada dikalangan pembaca yang perasan Zam kerap menulis entri mengenai fotografi melibatkan Danbo di blog Zamani 84.

Danbo Zamani 84

Sunday, December 8, 2013

Bila Korang Rasa Sunyi, Apa Korang Buat?


Sesetengah orang, bila rasa sunyi, dia cuba sibukkan diri dengan buat sesuatu yang dia suka. Siapa yang hidup single, mungkin diorang faham. Tapi kalau rasa kosong & sunyi tu masih tak hilang, mungkin diorang akan ajak member rapat keluar & buat apa-apa aktiviti yang best. Makan-makan ke.. Kan..

Saturday, November 16, 2013

Rasanya Zam Dah Boleh Mula Buat List..

Assalamualaikum & selamat malam guys.. Cuti sekolah dah bermula, jadi ramai cikgu yang dah pulang bercuti ke kampung halaman mereka sejak semalam lagi. Kalau ikutkan perangai Zam sebelum ni, memang awal-awal lagi dah terbang balik ke Semenanjung. Tapi memandangkan minggu depan kena bertugas di sekolah, jadi Zam pulang agak lewat dari biasa. Apapun, rasanya Zam dah boleh buat check list barang-barang yang Zam nak bawa pulang nanti.. Takut ada pula yang tertinggal nanti.. Lagipun cuti kali ni panjang, lebih kurang 6 minggu.

Biasanya Zam pulang dengan waran kerajaan menggunakan MAS di akhir tahun, jadi berat bagasi yang dibenarkan agak banyak- 30kg, membolehkan Zam bawa lebih banyak barang pulang bersama nanti. Kalau sebelum ni selalu bermain dengan bajet, gunakan Air Asia atau Malindo tanpa membeli ruang bagasi, jadi peluang kali ini harus digunakan sebaik mungkin.

PS: Akhir-akhir ni setiap kali pulang ke Semenanjung, Zam selalu tertinggal kawan kecil Zam ni di Kuching.. Terlupa.. Kalau tidak, dia lah model fotografi Zam selama ini.. Pulang kali ini, mesti dibawa bersama.. Tak boleh tinggal atau terlupa lagi!

Sunday, June 2, 2013

Keinsafan Seorang Pondan

 
-Sekadar gambar hiasan-
Pondan : Assalammualaikum ustaz , saya nak bertaubat.. ;(
Ustaz : Alhamdulillah... kamu dah menyesal? nak jadi lelaki sejati ye?
Pondan : Tak lah , saya nak pakai tudung , tutup aurat ustaz...
Ustaz : (Pitam....)
(Santai petang.. jangan marah ae.. hehe)

Thursday, April 25, 2013

HAPPY BELATED BIRTHDAY Kepada Pemberi DANBO



Assalam & Selamat Tengahari. Entri hari ini dimulakan dengan ucapan Selamat Hari Jadi buat seorang rakan baik Zam yang masih menetap di Jepun sejak sedekad yang lalu. Kami berkawan sejak sekolah menengah, sebelum dia berpindah ke MRSM Taiping & seterusnya menyambung pelajaran & berkerja di Jepun.