e

Tuesday, December 24, 2013

Ah Sudahhhh Aku Tak Tahan Lagi!



Zam dan seorang rakan merancang untuk menyediakan pie, tapi masa yang ada cuma tinggal kurang dari sejam, jadi kami agak cuak. Setiap seorang kena hasilkan sejenis pie, dan kawan Zam tu dah nak menangis sebab tak ada idea nak buat pie apa. Tengok keadaan dia macam tu, Zam bantu dia dulu), dan setelah bertungkus lumus, dia berjaya hasilkan pie coklat yang cantik.

Zam cakap kat dia, sekarang kau kena tolong aku lak. Sebab pie Zam belum siap sebab nak tolong siapkan pie dia dulu. Bekerja sebagai satu pasukan yang dianggotai 2 orang, kedua dua pie mesti sama hebat walaupun berlainan jenis. Crust untuk pie tudah siap, cuma Zam lak tak ada idea nak buat pie apa. Apa yang best untuk dijadikan inti dan topping pie tu ae.. Nak buat pie telur, macam biasa sangat.. Zam teringat Samira Masterchef Australiapernah buat inti pie yang best guna susu, tapi Zam tak hafal bahan bahannya.. Adoi.. Apa nak buat ni ae... idea pleasseeee!

Tiba tiba.. "Zamaniiiii.. Toksir bangun lagi koo?" (Zamani.... Tak nak bangun lagi ke?").. Eh .. Eh.. Perlahan lahan Zam buka mata dan terkebil kebil.. Nenek yang melaung dari dapur kejutkan Zam dari tidur.. Rupanya semua tu cuma mimpi... Adoi... Seriusnya, Zam dah muak dengan mimpi masuk Masterchef ni.. 4-5 kali dah ni rasanya..

4 comments:

  1. ni maksudnya Zam kena masuk Masterchef untuk next siri

    ReplyDelete
  2. tu petanda kena masuk program tu... nanti buat apple pie aje, agak senang nak buat tu ;3

    ReplyDelete