e

Tuesday, December 17, 2013

Al Fatihah- Pelakon Azean Irdawaty Meninggal Dunia Di Hospital Universiti


Assalamualaikum & selamat malam.. Zam baru mendapat perkhabaran dari halaman FB rasmi biduanita negara Dato Sharifah Aini mengenai pemergian Allahyarhamah Azean Irdawaty ke rahmatullah sebentar tadi akibat sakit yang dideritainya sejak sekian lama. Sesuatu yang menyedihkan dan sebagai peminat/penonton yang membesar dengan aksi lakonannya selama ini, kehilangannya pasti dirasai. Takziah buat ahli keluarga Allahyarhamah, dan sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah..


Allahyarhamah Azean Irdawaty bersama suami

PS: Zam suka tengok lakonannya.. Paling terkesan dalam drama dimana beliau berlakon sebagai seorang ibu tua dengan anaknya seorang penagih dadah yang dibenci penduduk kampung.. Tajuknya memang dah lupa.. Dan tak lupa juga drama Ratu Jamu yang Zam tengok masa kecil.. Terbayang-bayang lagi aksinya mencicah hirisan timun dengan sambal belacan yang buatkan Zam terliur sampai ke hari ni..

5 comments: