e

Friday, December 13, 2013

Dapat Hadiah Percuma Dari Abang Botak!

Assalamualaikum & selamat tengah hari guys.. Tajuk entri kali ni~ Zam dapat hadiah dari Abang Botak? Siapa pula Abang Botak yang Zam maksudkan? Haa.. Cer tengok gambar kat bawah ni~


Isnin lepas, Zam ada ceritakan yang Zam dan adik ke Alamanda dan Metro Kajang untuk mencari sesuatu kan.. Dan seperti apa yang dikatakan oleh PLAIN83, memang Zam mencari alatan senaman.. (Tahu-tahu je kau kan.. Boleh baca fikiran orang ae??). Kalau nak tahu kedai mana yang Zam pergi untuk membeli alatan senaman, gambar Harith Iskandar tu boleh dijadikan klu.. Hehe.. Jadi setelah berbincang dan bersetuju, Zam dan adik pun buat keputusan untuk membelinya. Apa yang best, kami boleh memilih 2 hadiah percuma dari senarai yang diberikan setelah membeli alatan senaman tersebut. Jadi, inilah hadiah percuma yang dipilih oleh kami:



Rezeki.. Kebetulan ada jualan dan promosi akhir tahun ni, untung lah juga kan sebab boleh dapat hadiah free.. Alatan senaman yang sebenar, insya Allah Zam akan kongsikan kepada korang nanti.. Petang ni, baru barang tersebut akan dihantar ke rumah :)

7 comments: