e

Sunday, December 8, 2013

Kenangan Tamiya Semasa Kecil



Assalamualaikum & selamat petang. Siapa kat sini pernah menonton animasi Jepun Dash Yankurou sekitar tahun 1995 dulu? Kisah berkisarkan perlumbaan kereta mini, dan semenjak itu menjadi trend dan kegilaan budak-budak lelaki yang membesar sezaman dengan Zam. Masa tu, Zam darjah 5, dan kebanyakan kedai-kedai runcit memang banyak menjual kit kereta mini ni. Kiranya memang mendapat sambutan yang hangatlah, lebih kurang pengaruh B Daman terhadap kanak-kanak pada zaman sekarang ni.

Tapi satu jenama yang menghasilkan kit Do It Yourself kereta mini yang berkualiti masa tu (sampailah sekarang ni) ialah Tamiya. Dah padan dengan kualitinya, harga pun semestinya mahal kan. Tak semua rakan-rakan Zam pada waktu itu yang beli kit DIY jenama Tamiya ni disebabkan harganya, jadi jenama yang lebih murah- dijual pada harga RM10 sekotak menjadi pilihan mereka.

Sesuailah kot dengan budak lelaki yang suka meng'explore' permainan mereka, sebab set ni memerlukan mereka memasang sendiri setiap komponen untuk melengkapkan kereta mini tersebut. Dari sudut positifnya, mereka boleh belajar tentang kegunaan setiap komponen dan fungsinya, dan secara mekanikal bagaimana sebuah mesin boleh bergerak. Negatifnya? Haa... Setiap hari ada je rakan sekelas yang membawa kereta mini mereka ke sekolah. Silap hari, ada yang berlumba dalam kelas masa cikgu tak ada.. Tapi seingat Zam, tak ada rakan Zam yang buat macam tu kot.. Terdedah sangat dengan risiko terkantoi. Kalau setakat bawa dan tunjuk-tunjuk pada kawan-kawan, mungkin tak berapa berisiko.. Kalau kena rampas, memang boleh menangis..

Rakan yang kaya sikit, mereka akan tambah eksesori pada kereta mereka. Lebih advance, mereka gunakan bateri yang lebih berkualiti dan tahan lama.. Enjin (motor) kereta, jangan cakap.. Beli yang berharga RM50 sebiji.. Tapi yang seronoknya, mereka boleh belajar meng'up grade' kereta mereka dengan sendirinya. Try & error.. Kawan-kawan yang lain pun boleh cuba power dan bertukar-tukar idea & aksesori.. Itu yang untungnya..

Kredit untuk gambar diatas kepada Denai Hati menerusi instagramnya untuk memori ni.. :)


10 comments:

  1. Sempat jugak main kejap kereta ni tapi stress beteri cepat habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi terpaksala beli bateri rechargeable kan

      Delete
  2. tamiya...adik akak mempunyai beratus koleksi tamiya....tapi sekarang rasanya dia simpan kat stor kot....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh kalau korek balik tu.. bernilai kak!

      Delete