e

Sunday, December 22, 2013

Tiba-Tiba Entri Hari Ibu Naik Hari Ini 22 Disember.. Kenapakah?



Assalamualaikum & selamat malam guys. Jarang-jarang Zam nak menyemak trafik blog di malam hari sebenarnya, tapi bila dah tertengok tadi, hairan juga kenapa entri Zam Tarikh Hari Ibu 2013 sebelum ni tiba-tiba naik pada hari ni 22 Disember 2013.


Top search keyword untuk hari ini juga berkaitan Hari Ibu.. Kenapa keyword ni menjadi carian pada 22 Disember sedangkan tarikh Hari Ibu di sambut pada hari Ahad minggu kedua di bulan Mei di Malaysia?

Rupa-rupanya, setelah mencari maklumat di Google dengan menaip 'hari ibu', barulah Zam tahu 22 Disember sebenarnya adalah hari sambutan Hari Ibu di Indonesia pada tahun ini. Patutlah... Agaknya ramai pembaca dari Indonesia yang termasuk ke blog semasa mencari maklumat tentang Hari Ibu 22 Disember ini.. ;) Sumber di dapati dari http://sidomi.com/243551/ini-sebab-hari-ibu-diperingati-tiap-22-desember/

10 comments: