Aktor Bollywood Salman Khan mungkin akan disabitkan dengan kesalahan membunuh berikutan dakwaan atas kecuaian beliau yang mengakibatkan kemalangan dan kematian seorang pemuda, 10 tahun dahulu. Itu antara ringkasan berita yang Zam dengar di Hot FM petang tadi sewaktu pulang dari sekolah. Sebelum menulis entri ini, Zam cuba mencari sumber lain dari internet, tapi masih belum ada yang menyiarkannya. Mungkin esok atau lusa, perkhabaran ini akan diterbitkan. Apapun, Zam terjumpa satu artikel berbahasa Inggeris yang mempunyai kaitan dengan kes ini. Untuk mengetahui kisah lanjut mengenainya, anda boleh klik pada pautan ini:
Friday, February 1, 2013
ZAMANI 84 & BLOG PAGEVIEW 840,000
Assalamualaikum & Selamat Petang. Sebelum entri ini ditulis, Zam sedang berbaring di atas katil asrama sekolah kerana sakit kepala yang teramat sangat- sambil online menghadap blog. Sebetulnya Zam baru saja nak tutup window blog Zamani84 waktu tu, tapi tiba2 Zam terpandang pageview pada sidebar kiri blog. Macam tak percaya kejap dengan apa yang Zam lihat waktu tu, bila angka yang tertera ialah 840,000! Kalau sebelum ini Zam pernah hasilkan entri tentang pv blog Zam yang mencecah 777,777 & 808808, angka yang terbaru ni memang buatkan Zam tersenyum2. Kenapa? Dah tentu kerana angka itu paling sininom setakat ini dengan nama blog ZAMANI 84 ;) Hehe
Alhamdulillah.. Sempat juga Zam tekan butang printscreen pada netbook ni sebab masa tu trafik blog berlalu dengan agak kencang juga. Mungkin 'tabiat' ini juga merupakan kegemaran blogger lain- printscreen mana2 angka PV di blog yang menjadi kegemaran sendiri & kongsikannya dengan blogger lain di entri.. Kan?
( 3 GAMBAR) Perkahwinan Hana Tajima
Antara carian imej Hana Tajima di Google, yang paling mendapat rating tertinggi ialah Hana Tajima Wedding (Perkahwinan Hana Tajima). Namun Zam tak dapat pastikan kesahihan tentang perkara ini, kerana hanya sebilangan kecil gambar Hana Tajima yang muncul di ruangan carian imej dalam busana pengantin, seperti gambar-gambar yang Zam perolehi dibawah. Selain dari gambar-gambar ini, tiada gambar lain di Google Image. Atau mungkin, Hana Tajima hanya mengenakan busana ini untuk tujuan photoshoot. Apapun, bagi peminat Hana Tajima, gaya ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda semasa majlis perkahwinan nanti :)
ENTRI HITS ZAM SEBELUM INI!
(GAMBAR) COMELNYA MIA SARA DI MAJLIS MALAM BERINAI LIYANA JASMAY! (31 JAN 2013)
Segmen: 10 Jam Tambah Bloglist!
Cik Lyeen Cupcakes yang comel buat segmen! Kali ini dengan gandingan Ka Isio Production. Pada sesiapa yang berminat, cepat-cepatlah join ya sebab segmen ni sah laku hanya sehingga pukul 9 malam ini. Cara penyertaan mudah je, hit saja banner diatas untuk ke blog Cik Lyeen Cupcakes ye ;)
Untuk segmen ni, Zam nak tag bro E'RAZ FADLI~ Selamat Bersegmen ya!
Subscribe to:
Posts (Atom)





