e

Sunday, January 19, 2014

Adehh.. Bawang Karamel Zam Jadi Bawang Hangit!


Assalamualaikum & selamat malam semua. Ini kisah pagi tadi waktu sarapan sebenarnya, bila Zam nak cuba buat makaroni dengan sos yogurt & bawang karamel. Resepi nya, Zam jumpa kat internet. 

Pernah tak korang makan bawang besar yang digoreng (biasanya bersama ikan atau daging) terasa manis? Sebelum ni kalau makan ikan goreng kunyit, part yang Zam suka makan ialah bawang besar yang digoreng bersama. Sebab rasa manis dari bawang tu ngam dengan sesuatu yang savuri macam ikan goreng.

Jadi tadi buat pertama kalinya, Zam buat bawang karamel ni. Tapi sebab Zam ni tak habis menuntut dengan Youtube, ada beberapa step dalam video resepi tu Zam tertinggal. Dalam usaha nak memperbetulkannya, Zam terlepas pandang sekejap yang bawang tu mula hangit.. Hadoilah.. Sudahnya, bawang karamel Zam jadi gelap sikit.

Walaupun ada sedikit rasa hangit, rasa manis bawang tu tetap ada. Cuma nak sediakan nya memang agak lama... antara 45 minit ke sejam.. Kalau nak masak lain kali, buat banyak terus sebab boleh disimpan di dalam peti. 

11 comments:

  1. Replies
    1. nak cuba buat sb rasa bawang ni lepas dikaramel, mmg sedap

      Delete
  2. tak pe...menjadi gak kan...
    tu baru bawang....
    cik akak siap telur goreng pun jadi mat bangla..hihi

    ReplyDelete
  3. 45 minit hingga sejam? tudiak... lama jugak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg lama, tapi insya Allah, berbaloi :))

      Delete
  4. wahh..mcm menarik jeee...ce share sket resepi tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah setuju tu eza .. Zam share lah .. 1st time denhar recipe gini

      Delete