Innalillahiwainnailaihirojiun.. Satu perkhabaran yang Zam terima dan baca di BH online sebentar tadi. Tak sangka, tragedi ini berulang lagi selepas peristiwa yang sama berlaku pada tahun lepas. Berikut adalah petikan akhbar BH yang memaparkan berita tersebut:
Kuantan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas selepas ditinggalkan hampir sembilan jam dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya di Indera Mahkota, dekat sini, semalam.
Mangsa, Muhammad Ariff Mohd Yusof ditemui bapanya di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 5 petang.
Bapa mangsa berusia 41 tahun dikatakan terlupa untuk menghantar Muhammad Ariff yang sepatutnya memasuki taska di Indera Mahkota.
Menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai keluar dari kuarters guru di Pandan, dekat sini kira-kira jam 7.30 pagi untuk menghantar lima anak mereka, termasuk mangsa ke sekolah dan taska.
“Selepas menghantar anaknya, bapa mangsa pergi minum di sebuah kedai di Taman Tas. Isteri lelaki terbabit menghubunginya pada waktu tengah hari sebelum mereka pergi mengambil dua anaknya di sekolah rendah di Indera Mahkota,”
Pasangan suami isteri terbabit dikatakan berada di sekolah itu sehingga jam 5 petang bagi menunggu dua anaknya selesai Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Sebaik mereka pergi semula ke kenderaan untuk pulang ke rumah, bapa terbabit baru menyedari dia terlupa menghantar Muhammad Ariff ke taska sebelum melihat mangsa berada di kerusi belakang kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pasangan terbabit kemudian membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas.
Al Fatihah.. Berat lagi mata yang memandang, berat lagi derita mereka yang ditimpa musibah.. Semoga berita ini dijadikan iktibar buat kita bersama agar lebih berhati-hati dan beringat di masa akan datang.
Al Fatihah.. Berat lagi mata yang memandang, berat lagi derita mereka yang ditimpa musibah.. Semoga berita ini dijadikan iktibar buat kita bersama agar lebih berhati-hati dan beringat di masa akan datang.
Innalillah . qado dan qadar Tuhan
ReplyDeletesemoga mereka tabah..
Deleteinalillah..salam takziah buat keluarga mangsa..
ReplyDeletethanks sb prihatin
Deleteinnalillah.
ReplyDeletekesian kan..
Deleteinnalillah...Al-Fatihah..
ReplyDeletethanks sb tinggalkan komen disini
Deletedah baca..jadikan iktibar..
ReplyDeleteberat betul dugaan mereka..
Deleteal fatihah :'(
ReplyDeletekesian mereka kan kak.. bukan diminta jd mcm tu
Deleteal fatihah....
ReplyDeletethanks 4 ur concern kak
DeletePengajaran berguna buat semua ibu bapa diluar sana. Al-Fatiha
ReplyDeletesemoga ibubapa diluar sana jadi lebih beringat
Deletesemoga mereka tabah..
ReplyDelete