e

Friday, January 3, 2014

Mengajar Bahasa Inggeris Dan Tulisan Braille, Tapi Murid Berbahasa Iban. Macam Mana?

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Pagi tadi, buat kali pertamanya, Zam mengajar seorang murid tahun 1 yang baru mendaftar di sekolah Zam tahun ini. Subjeknya Bahasa Inggeris, dan kerana murid itu tidak pernah ke pra sekolah sebelum ini, Zam kena mengajar dia tulisan Braille untuk mengenal abjad. (Sekolah Zam sekolah pendidikan khas, jadi memang gunakan braille). Masalahnya, murid tu cuma berbahasa Iban dan faham sikit sahaja bahasa Melayu. Bahsa Inggeris, belum tentu.. Jadi macam mana nak buat?

Berdasarkan pengalaman kawan kawan Zam, biasanya murid begitu, teruskan mengajar mereka dengan bahasa yang kita ingin ajarkan. Lama kelamaan, mereka akan faham. Sekali sekala, boleh gunakan sedikit campuran bahasa yang mereka fahami. Cuma kena banyak bersabar dengan keletah mereka, tambah tambah lagi, Zam perasan dia ni hiperaktif. Perghh mencabar juga tugas untuk tahun ni

16 comments:

  1. my bro & sis pun guru pendidikan khas. Mmg tak mudah tapi rasanya keja tu best & penuh adventure. Saya pernah menonton sebuah filem yg sangat touching dan menarik ‘The Miracle Worker’ . Rasanya cegu Zam perlu tengok film tu. Penuh motivasi ! all the best , teacher Zam :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengajar kat mana ye? ha.. cite tu, pensyarah zam pernah tunjuk masa kt maktab dulu.. yg versi hindustan, Black pun layan :D

      Delete
  2. satu pengalaman baru tu Zam.....

    ReplyDelete
  3. ada cabaran baru semangat kan? tkar2 environment org kata. good luck =)

    ReplyDelete
  4. Oo..saya faham dah kenapa anak buah Zam sayang kat Zam sebab Zam dah biasa ajar kanak2. Ajar budak2 tambahan budak2 khas ni mmg banyak cabaran tapi besar pahalanya.

    ReplyDelete
  5. mcm mencabar...mcm best jugak. tp kalau dia hyper, kena la bt byk aktiviti utk dia.
    melukis n menyayi mungkin dpt tenangkan dia utk belajar

    ReplyDelete
  6. Waaa~ ajar braille in english? you have my respect bro, *toing* (tabik spring) ;3

    ReplyDelete