e

Thursday, January 30, 2014

Alhamdulillah.. Zam Dapat 5 Bintang!

Assalamualaikum & selamat malam buat pembaca blog Zamani Abe yang mesra dan ceria sokmo nih ;) Susulan Entri Misi Mencari Daun Pandan pagi tadi, Zam terima banyak jawapan dari rakan blogger, jadi Zam ucapkan terima kasih untuk itu ya. Sebenarnya, bahan yang Zam tunjukkan dalam entri tersebut ialah GULA MELAKA atau GULA APONG (gelaran orang Sarawak) yang dihiris halus. Ramai juga yang menjawabnya dengan betul, cuma memang Zam akui gambar tu mengelirukan juga kerana rupanya iras-iras kacang tumbuk. Apapun, thanks sebab tak lokek meluangkan masa di sini ya.

Teringin Nak Makan Labu Sira

Ramai juga yang nak tahu dan meneka Zam nak masak apa dengan bahan tu.. Haa..  Sebenarnya, Zam tiba-tiba teringin nak makan Labu Sira sejak beberapa hari lepas. Pernah makan? Orang belah Kelantan mesti biasa makan sebab ia menu yang berasal dari sana:


Resepi ni, Zam dapat dari blog FARHANA AZREEN. Zam tak terfikir pun nak guna Gula Melaka kalau bukan dari dia. Biasanya, Zam tengok labu disira dengan gula pasir saja. Jadi, apa yang Zam cuba kali ni memang menarik. Thanks ya untuk resepi tu. Cuma sayang Zam ak ada daun pandan tadi. 

Dapat 5 Bintang Untuk Labu Sira

Memandangkan Zam ke sekolah hari ni (walaupun sebenarnya cuti dah), Zam niatkan nak beri Labu Sira tu kepada kawan-kawan yang ada di sana pagi tadi. Nak dijadikan cerita, seorang kawan Zam pergi bagi Labu Sira tu kepada kawan-kawan Zam yang lain di pejabat sekolah dan merahsiakan siapa yang membuatnya. Motif, sebab nak dapatkan komen yang jujur.. Hehe.. Dan salah seorang yang merasa itu ialah Guru Besar Zam sendiri. Hasilnya, Labu Sira tu habis!! Pergh nasib baik.. Zam dah risau labu tu tak habis dimakan sebab manis sangat.

Komen mereka, rasanya dah ok.. Cukup.. Tak terlampau manis. Sedap. 5 bintang! Wow! Bab 5 bintang tu, Zam malu malu alah bila dimaklumkan oleh kawan.. Ingatkan tak menjadi lah resepi tu.. Hehe..

34 comments:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, harap awk boleh singgah blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, thanks... insya Allah Zam akan ke sana ;D

      Delete
  2. Wah.. thniah .. ni first tym zara dgr pasal labu sira.. mklum laa, zara bkn mnetap kat sna.. hikhik. Tgk pict.. nmpk mnarik..tntu sedap ni spt yg d komen.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Zara.. oo bru pertama kali ya.. hehe alhamdulillah

      Delete
  3. boleh la masuk masterchef musim baru nanti..hehe

    ReplyDelete
  4. Nice. Boleh cuba ni lain kali. Saja kan nak try makanan orang lain :D Hehe. Belakang rumah Vee byk daun pandan. Haha :P

    ReplyDelete
  5. Wahhhh...pasni leh laaa cuba nasib dlm masterchef season 3....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh... nk kena penuhkan ilmu di dada dlu ni bru masuk

      Delete
  6. mesti sedap kalau Zam yang masak....menjadi resepi tu yea.....

    ReplyDelete
  7. 5 bintang? Ni nak kena rasa ni...hheee....

    ReplyDelete
  8. wah...memang suka memasak lah dik zam...hihi...

    ReplyDelete
  9. wah boleh buat labu sira lagi lepas ni :)

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. aminn.. heheh.. tp bnyk lg nk kena bljr lagi ni

      Delete
  11. terbaik la zam,
    lama tak balik klate gi kenduri, biasanya ada kat kenduri. jadi lama dah tak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa makan gak rupanya.. hehe bru nk bljr buat sdri je ni :)

      Delete
  12. bagus la tu bro. Aku ni masak air je tahu. Hehehehe.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  13. labu siro ko pengat labu zam..Kalau siro guna gula je tak guna gula melaka...hehe

    ReplyDelete
  14. meme sodap bedaoh lah benda tu..try siro labu kelate plok.,ih..ih..

    ReplyDelete
  15. apsal anas godek semua blog pasal makanan pagi2 buta ni. aduh... *isyh gosok2 perut bunyik.

    ReplyDelete