e

Monday, January 13, 2014

Apa Jadi Bila 3 Jam Bercakap Tak Berhenti?

Assalamualaikum & selamat petang guys. Serius dari pagi tadi, Zam rasa mengantuk sikit.. Asyik menguap je.. Bila fikir balik, mungkin sebab dari awal lagi, Zam dah mula mengajar 3 jam berturut-turut. Bila banyak bercakap, rasa sampai mengantuk. Pulak tu mengajar Bahasa Inggeris, Sains, kemudian Sains lagi, macam banyak input nak diberi, tu yang kena banyak bercakap. Nak-nak lagi masa BI tu, duk ulang cakap benda yang sama sebab murid tu masih perlu diingatkan dengan isi pengajaran berkali-kali. 

Apapun korang jangan ingat Zam mengeluh ye.. Bukan merungut ni.. Cuma nak cerita bila banyak bercakap, itulah kesannya. Kalau dalam kelas yang berselang, tak kan jadi macam ni. Nampaknya lain kali kena bawa sebotol air besar sambil mengajar untuk hilangkan dahaga dan mengantuk akibat bannyak bercakap di dalam kelas. :)



16 comments:

  1. takpa..lain kali bawa sebotol air masuk kelas..ni belum lagi 4 masa berturut2, kena lagi kelas lain-lain..hadoiyaiii..tahan je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu klu lg lama boleh jem jap otak.. hehe

      Delete
  2. minum revive, mesti bertenaga...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak teringat sal minuman tenaga mcm tu ;D

      Delete
  3. Suruh stdnt plak ckp kt dpn..mst xngntuk punye cume kompem student je cuak..

    ReplyDelete
  4. lamanya. kuat jgk ye zam bertahan slm tu.

    ReplyDelete
  5. salam

    jom singgah blog saya. saya orang baharu dalam dunia blog ini. sempena pembukaan blog saya. pelbagai hadiah menarik saya sediakan. siapa cepat dia dapat. cepat sebelum terlambat www.detikilham.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. minum energy drink (tapi jangan amalkan selalu,hehe)

    ReplyDelete
  7. memang rasa penat kalo kena jadual bersambung cmtu, lepas tu suara jd serak ala2 penyanyi rock... bwk nescafe dlm tin je, kasi break-time 5 minit, time tu bleh minum nescafe jap <-- ada pengalaman mengajar, cakap 4 jam straight ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. pengalaman & idea yg menarik ni ;D

      Delete
  8. di samping tu kena exercise sikit...regangkan badan tu.....

    ReplyDelete
  9. uiks...3 jam tu. kalau saya dah tukar suara dah

    ReplyDelete