e

Tuesday, January 21, 2014

Ayam Broilling Semalam



Assalamualaikum & selamat tengah hari semua. Pada yang membaca entri Zam semalam: Harap Teknik Ni Menjadi Malam Ni, Zam ada beritahu kepada blogger Kak Mas Zull untuk tunjukkan hasil ayam yang dimasak dengan teknik broilling ni.

Hasilnya, memang agak mengejutkan kerana Zam tak sangka rasanya sama seperti ayam yang digrill semasa BBQ dengan bara api. Untuk pengetahuan semua, teknik broilling yang Zam pakai ni menggunakan oven. Disebabkan Zam tak ada kuali grill atau dapur grill, jadi Zam gunakan oven.

Lagi lama ayam tu diperap, insya Allah lagi sedap. Jadi malam ni, Zam nak cuba dengan ayam yang diperap semalaman pula.. Harap rasanya lagi kaw dari yang Zam buat semalam :)

23 comments:

  1. Assalamualaikum zam, wahh sedapnya. berbunyi terus perut sheila tengok ayam ni. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalm sheila.. hehe.. biasa2 je hidangan zam ni.. garnish pun tak ada..

      Delete
  2. ayu ni oven pun llom ada. hoho... kena masuk wish list ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa boleh gak tu.. best ada oven.. tapi, Zam syorkan kat Ayu, pemanggang ajaib yg popular skrg ni pun pilihan yg bagus gak :)

      Delete
  3. bestnya..tapi kat umah sewa ayesha oven pun x de..hehe..kalo bakar atas kuali yang leper tu boleh x agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe takde oven..
      kalau guna kuali leper tu (frying pan), hasilnya lain..
      klu Ayesha nak cuba teknik yg hampir sama mcm zam buat ni (broilling) tapi tak ada oven, boleh beli pemanggang ajaib untuk grill.. hasilnya akan sama :)

      Delete
    2. owh..rumah mak ada pemanggang ajaib tu..nti boleh try..hehe

      Delete
  4. wow, ni nak try ni sebab kat rumah ni, oven tak terguna2.. takut rosak lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza.. boleh cuba buat untuk memasak ayam, daging atau fillet ikan.. untuk cara yang lebih detail, boleh cuba cari kat youtube: broilling

      Delete
  5. sedapnya, ada oven khas untuk grilling, dalam oven tu ada macam lampu kalimantan yang panas.

    ReplyDelete
  6. nampak mcm sedap..mesti sedap, kan...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah sedap... kalau perap lagi lama lagi sedap :)

      Delete
  7. zam memang suka masak eek.. baaaguuuuss.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka mencuba benda baru.. kalau ada bnyk bahan, tu yg buat Zam ralik

      Delete
  8. Zam, bakar berapa lama dalam oven? Suhu berapa? Akak kenalah cuba aktifkan semula oven akak yang dah lama tidur tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam, lama gak kak sebab stiap kli oven berbunyi, bila cek, ayam tak masak lagi.. kena on balik oven..
      suhu antara 175 ke 180 kalau tak silap..

      Delete
  9. Ehem ehem..silalah buatkan untuk saya. nak merasa air tangan chef Zam ni

    ReplyDelete