e

Tuesday, January 28, 2014

Bila Kanak-Kanak Nak Menafikan Sesuatu


Assalamualaikum & selamat pagi semua. Merujuk tajuk entri, pernah tak anda mengalami situasi dimana kanak-kanak menafikan sesuatu, sedangkan perkara yang dia nafikan tu memang dia lakukan. Mungkin mereka menafi kerana ego, malu, atau takut dimarah. Pernah?

Kisah kali ni sebenarnya baru je berlaku di dalam kelas seorang rakan Zam di sekolah. Sedang dia mengajar kemahiran menyapu sampah untuk matapelajaran KAIMAL (Kemahiran Individu Masalah Penglihatan), seorang murid menangis, mungkin kerana dia tidak biasa atau tak pernah melakukan tugasan itu dirumah. Apabila ditanya, " Eh awak menangis ke?", dia menjawab-"Tak lah cikgu.. Air mata saya yang keluar".

Dari kisah ni, sebenarnya ada lagi pengajaran lain yang mungkin kita boleh jadikan iktibar. Terutamanya ketika membesarkan anak. Mungkin kita boleh bertindak agar tidak terlalu memanjakan anak-anak sehingga membuat tugasan di rumah pun mereka tidak mahu lakukan..

13 comments:

  1. kena faham lenggok bahasa kanak2 serta perlakuan kanak2 yang sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. automatik zara ketawa baca jawapan murid tu.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  3. dan comel je jawapan tu..hehe

    ReplyDelete
  4. laka² tauu jawapan anak murid zam tu..hehehehe..

    ReplyDelete
  5. Anak buah saya dah tau masak dah sekarang..baru 8 tahun. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Kita dengan anak2 ni kena cuba untuk masuk ke dunia mereka ..
    Jangan bagi mereka ikut jer rentak mereka ..
    Kita sbg ibu bapa perlu beri perhatian yang TERBAIK pd anak2
    Insyaallah anak2 pasti dengar cakap kita ..

    ReplyDelete