Assalamualaikum dan selamat petang guys. Kisah yang Zam nak kongsikan kali ni sebenarnya berlaku semasa cuti akhir semester persekolahan tahun lepas di kampung (Kelantan). Waktu tu, Zam tengah nak mengatur dan menyimpan semula blender kepunyaan mak yang Zam gunakan untuk sediakan bahan memasak sebelum tu. Dah dibasuh dan dikeringkan, jadi kenalah simpan balik, kan..
Selama ni pun, kalau menggunakan blender tu, Zam akan cukup berhati hati semasa memasangkan jar dengan motor basenya. Silap memasangkannya atau mengetatkan kedua komponen itu bersama, pasti akan berlaku kerosakan. Blender canggih sangat, tu sampai Zam pun takut nak menggunakannya.
Nak dijadikan cerita, entah macam mana masa Zam memasang kedua duanya bersama, tiba tiba kedengaran bunyi sesuatu berderap patah. Tak semena mena, ada serpihan plastik dan spring yang terkeluar dari blender tu
Terkesima.. Peluh mula keluar bila melihatkan serpihan tu..
Terkesima.. Peluh mula keluar bila melihatkan serpihan tu..
Habislah.. Benda yang Zam paling risaukan dah terjadi..!!
..bersambung..
ha ha..dah rosak..zam kna marah..:)
ReplyDeletehuhu siyes takuttt!!
DeleteAssalamualaikum. hahaha zam cuak lah tu. hehehe
ReplyDeletewaalaikumussalam.. mmg cuak sesangat!!
Deleteaha... tak tahu.. hehe salam zam.. lama sungguh ika xsinggah sini..
ReplyDeleteselamat petang.. =)
http://cartiecacloset.blogspot.com/
lama tak dtg ae.. hehe.. btw thanks sb sudi singgah lagi :))
Deleteapakah? apakah? apa yang pecah? Jar tu ke Zam?
ReplyDeletebukan bukan.. nantikan kisah selanjutnya k.. smlm bz, tak sempt nk habiskan cerita
Delete