e

Friday, January 31, 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia


Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Rasanya dah lama Zam tak kongsikan tips blogspot kepada anda disini. Jika ada pun, mungkin sebagai sedikit selingan dalam entri personal Zam. Jadi pada kesempatan yang ada ni, Zam nak kongsikan beberapa tips yang insya Allah, dapat diamalkan bersama dalam memeriahkan lagi dunia blog ini bersama rakan-rakan blogger yang lain.

Apa yang akan dikongsikan, adalah sekadar pendapat dari pengamatan Zam selama ini, dan jika ada pro dan kontra padanya, jangan segan silu untuk menegurnya, ya (",)

Bina Hubungan Baik Sesama Blogger

Seperti mana kita suka bila blog kita menerima kunjungan dan komen di dalam entri, begitulah juga perasaan blogger lain. Jadi, jom ringankan tulang melawat blog blog lain melalui blogwalking dan tinggalkan jejak menerusi ruangan komen. Tak perlu untuk melakukannya dalam setiap entri blogger tersebut, memadailah dengan kunjungan berkala mengikut masa senggang yang kita ada.

Faedah yang kita dapat? Haa.. Selain mendapat kenalan baru, kita sedang mempromosikan blog kita kepada orang lain. Faedahnya memang banyak, bersesuaian dan mengikut niat dan matlamat kita berblog.

Begitu juga dengan menjadi follower blogger lain. Tentu kita suka bila follower kita bertambah kan? Termasuklah bilangan pembaca dan blogger di Google+. Bila kita singgah di mana mana blog, lakukan perkara yang sama. Tak rugi pun kan menyenangkan hati orang lain (",)


Matlamat Berblog Mencetuskan Semangat Untuk Menulis


Matlamat setiap blogger dalam berblog adalah berbeza. Dalam masa yang sama, tidak kurang juga ada diantara kita yang mempunyai matlamat yang samar samar (Zam dulu macam ni lah.. Sekadar ikut trend.) Jadi apa yang boleh disarankan, bina matlamat yang lebih terarah dan mempunyai hala tuju.

Wujudkan sasaran dalam berblog yang boleh memberikan faedah yang besar kepada kita. Seperti contoh, sambil berblog, sambil menjana pendapatan pasif. Ataupun, berblog untuk menyedarkan masyarakat dan menjadikan insan lain lebih berinspirasi dalam hidupnya. Seorang blogger pun boleh berperanan besar dan penting kepada masyarakat luar, jika kena dengan gayanya.

Dengan mempunyai matlamat, ia sebenarnya dapat memberikan dorongan dan motivasi untuk kita sentiasa menulis dan menghasilkan artikel bermutu di masa akan datang untuk tatapan pembaca.

Tarik Pengunjung Ke Blog dengan Entri SEO

Tentu ada di kalangan blogger yang ingin menarik kunjungan pembaca yang ramai ke blog, kan? Jika ya, anda boleh cuba dan belajar cara menulis entri SEO yang menjadi carian orang ramai pada satu hari hari tertentu. 

Contoh mudah, jika pada hari tersebut isu berkenaan Kucing Bermata 3 (contoh je ni) menjadi topik hangat di media masa, Facebook dan sebagainya, anda boleh mwnghasilkan entri yang sama mengenainya di blog. Mana tahu jika rezeki anda, orang ramai yang mencari topik tersebut di internet menerusi ruang carian kata kunci akan tersangkut ke blog anda, kan? Untuk belajar teknik SEO ni dan cara menghasilkanna, boleh menuntut dengan seorang blogger berpengalaman ni. Siapakah orangnya? Boleh klik SINI.



 Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

5 comments: