e

Thursday, January 30, 2014

Misi Mencari Di pagi Hari Yang Gagal

Assalamualaikum & selamat pagi pembaca semua. Hari ni, awal-awal lagi Zam dah ke pasar pagi berdekatan mencari daun pandan.. Biasanya, memang ada dijual di tempat tersebut tapi entah mengapa bila Zam ke sana tadi, sehelai daun pandan pun Zam tak nampak.. Adoi.. Masa tak dicari, ade je.. Bila mencari, boleh pula tak ada.. 2 hari lepas, ada Zam bertanyakan jiran sebelah jika dia ada daun pandan (ingat Zam pernah minta daun kari darinya dulu?). Sayangnya, semua daun pandan di rumahnya habis dicabut dan dibuang kerana rosak dimakan serangga. Jadi, terpaksalah Zam meneruskan projek di dapur tanpa pandan hari ini.. Huhu..

PS: Ini salah satu bahan yang digunakan untuk projek di dapur hari ini... Boleh teka apakah ia? :)


24 comments:

  1. macam kacang tanah yang ditumbuk atau diblend jaa...

    ReplyDelete
  2. tak cuba guna pes pandan koepeo2?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa... good idea! zam tak terfikir pun td sue... huhuhu

      Delete
  3. gula melaka, atau gula kabong, atau yang sewaktu dengannya. Cari daun pandan, nak buat bubur atau pengat ke Zam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tajam ae pengamatan kakak... tak, bukan bubur atau pengat kak..

      Delete
    2. Ok..kalau bukan bubur...kuih onde2 ke? Kuih buah melaka tu. Kena pakai daun pandan untuk warna hijau. Ish..bila nak baca entry nya nie...hehehehhe. Kepoh jer akak kan...

      Delete
    3. wahh... hehe semangat akak meneka ye.. haa... insya Allah nanti Zam share jap lg k :))

      Delete
  4. macam gula merah/melaka je ..mesti nak buat bubur ini :)

    ReplyDelete
  5. Daun pandan memang dah takda. Sebab nak naik harga. Diorang nyorokkan. Hehehehe.
    Cuba try guna kangkung. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  6. tu gula melaka yeee zam...tgk mcm halia tumbok halus pon ada...hahaha...zam nak msk pa tu...rini akak msk tomyam sayoq & ayam goreng bercili...g tgk entry akak klu nak tgk gambaq...mesti telioq..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm halia tumbuk ye kak? menarik ni.. haa nt zam share k kisahnye .. wahhh mesti best! zam lapar ni, kat sekolah. kantin tak bukakkk

      Delete