e

Thursday, January 30, 2014

Zam Pitam Selepas Bersenam Pada Malam Hari

Assalamualaikum & selamat tengah hari semua. Membaca saja tajuk entri kali ni- "Pitam Selepas Bersenam Pada Malam Hari", Zam harap pembaca tak salah faham dengan maksudnya. Bukanlah Zam nak kata bersenam pada waktu malam itu tak sesuai dan boleh mengundang padah, ye.. Boleh je bersenam waktu malam, cuma apa yang nak diceritakan di sini ialah keadaan fisio dan fizikal Zam setelah selesai bersenam pada satu malam baru-baru ini. Memandangkan Zam sibuk di sebelah pagi dan petang, jadi hanya waktu malam yang Zam ada untuk bersenam. (Kena bagitahu terang-terang, nanti ada yang salah faham dan tuduh Zam kata bersenam malam tu bahaya).

Pitam Kerana Senaman Yang Agak Ekstrim

Waktu malam, biasanya Zam isi masa yang ada dengan menulis blog dan blogwalking, dan jangan tak percaya kalau Zam cakap, antara aktiviti menulis dan blogwalking tu Zam sempat lagi melakukan aktiviti lain seperti bersenam.

Sewaktu menulis entri ini (klik), oleh kerana idea untuk menulisnya sehingga selesai belum ada, Zam berhenti sekejap dan mula bersenam. Dan nak dijadikan cerita, itulah kali pertama Zam melakukan senaman yang dikenali sebagi burpee:


Mungkin ada dikalangan anda yang pernah membuatnya, dan ada yang tidak. Jika dilihat dan difahami dengan teliti pada gambarajah diatas, 1 set lengkap burpee mempunyai 7 langkah yang perlu dilakukan. Nampak seperti mudah, kan. Tapi cuba bayangkan dalam masa 5 minit (5 minit je, tak lama pun), Zam cuba melakukan seberapa banyak set lengkap burpee tersebut tanpa henti.

7 langkah baru dianggap satu set, dan kena buat berpuluh-puluh set sampailah tamat 5 minit.. Apa yang jadi pada Zam selepas tu?

Mulalah Zam pening, dan terasa nak tumbang (pitam). Jantung berdegup kencang, apatah lagi peluh.. Terasa benar letih dan mengahnya.. Berlari satu pusingan padang pun tak pernah dirasakan sesukar dan semengah ini. Bahu, paha, antara bahagian yang terasa sakit. Paling Zam risau, Zam akan pengsan malam tu. Zam tak terus duduk atau berehat, takut akan lebih memudaratkan. Beberapa minit kemudian, baru Zam berbaring kepenatan.

Chop! Jangan pula ada yang ingat burpee ni berbahaya ya~ Mungkin ia berkaitan dengan stamina seseorang. Biasalah awal-awal ni kan, belum biasa lagi. Nanti bila dah terbiasa, mesti burpee ni dirasakan mudah ;)

Disambungkan cerita- dalam masa penat dan terbaring tu, Zam sempat juga sambung menulis entri yang Zam bagitau tadi.. Nak juga siapkan hari tu sebab ada kaitan dengan trafik blog pada masa itu. Tapi kepenatan punya pasal, Zam terus sudahkannya dengan cepat sebab nak masuk bilik tidur dan berehat.. Mungkin adalah sampai tertinggal beberapa perkara seperti memasukkan backlink dan sebagainya. Tak apalah, boleh diedit esok hari- fikir Zam.. Penat sangat dah ni...

PS:  Jom bersenam.. Lama-lama nanti biasalah tu :))



18 comments:

  1. Biasalah tu, bila kita tak biasa buat, akan jadi sukar bagi kita,.. Takpa, lama-lama elok lahh tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa zam setuju dgn semua kenyataan cik kiera ni :D

      Delete
  2. Syukur tak pengsan. Kalau tak? Haaa..

    ReplyDelete
  3. nasib baik tak pengsan zammm... lain kali senam ikut keadaan dan kemampuan yer.. jangan ekstrem sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey kak :D segala nasihat akan diguna pakai lepas ni.. hehe

      Delete
  4. Muz time hujung minggu jer buat. Kalau hr biasa mmg sibuk plus penat...Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah satu mslh nya Muz.. mmg penat kan seharian bekerja

      Delete
  5. buat warm-up tak dulu? klu terus buat mmg pitam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. zam ada buat warm up 5 minit.. kemudian burpee 5 minit.. pita gak Mahirah.. acer ni.. huhu

      Delete
    2. agaknya organ dalam badan dah celaru, so tak boleh terima cara itu hehehe... ubah style...

      Delete
    3. yezza.. kawan zam pun ade gtau gitu.. harap2 lps ni mkin ok lah

      Delete
  6. kalau buat burpees memang macam ni... buat lima pun dah letih...
    i'll choose naik turun tangga..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hak tu baguih gak :)) tapi sini takde tangga... hehe

      Delete
  7. last step yang melompat tu buat kita cepat mengah kalo jarang bersenam

    ReplyDelete