e

Tuesday, January 14, 2014

Original Yang Dah Tak Macam Original


Assalamualaikum & selamat petang. Ini sebenarnya kisah malam tadi bila Zam ke KFC bersama seorang rakan. Memandangkan dah lama rasanya tak makan ayam goreng versi original, Zam minta diletakkan seketul bersama versi spicy dalam snack plate yang Zam order. Dari kaunter pesanan, bila Zam tengok apa yang diletakkan di atas pinggan, Zam cakap dalam hati 'alahai keciknya ayam oiriginal dia bagi kat aku..'

Bila sampai ke tangan Zam, Zam tengok semacam je ayam goreng original tu.. Hmm tak nampak macam original pun... Warnanya gelap sikit, macam terlebih goreng.. Rempah pun tak nampak banyak macam yang biasa Zam makan.. 

Bila makan, baru perasan ayam tu dah sejuk.. Dia tak bagi yang baru digoreng.. Ermm terima jelah.. Dah macam juri masterchef Zam komen.. Belasah je lah..

Kiranya, macam hajat malam tadi tak tercapai... Next time lah pulak pekena KFC..



18 comments:

  1. Assalamualaikum zam. sheila selalu dapat ayam kfc yang lama. maksudnya dekat isi dia, dah warna hitam2 kat tulang. tak selera nak makan tau. adoiii. selalu masuk kfc beli cheezy wedges je. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sheila.. adoilah... hmm tak bestnye gitu

      Delete
  2. mesti ayam tu digoreng beberapa kali....

    ReplyDelete
  3. Vee lamaaa dah tak mkn kepsi.. Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. eloklah tu.. skrg2nya tak makan makanan yg tinggi lemak ni.. ;)

      Delete
  4. hehehe..
    servis x bagus dh tu bro zam.
    bleh komplem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.... next time, zam komplen klu timbul lg mslh ni

      Delete
  5. ada dua tiga kali masuk kfc sbb nak tapau nescafe crusher dia jer, kekadang tapau gak nuggets ngan fries ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. nugget kfc best.. tapi mahal ler.. tak pdn dengan sikit.. huhu

      krusher pon best.. tp dh lama takde yg strawberry banana

      Delete
  6. Salam maulidur rasull
    Alamak ayam sejuk pulak... potong betulkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dpt yg panas, insya Allah pelanggan puas hati

      Delete
  7. Replies
    1. klu dpt yg ok, alhamdulillah.. puas makan :)

      Delete
  8. saya tak suka yang original sebab masin

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah, kdg2 tu mmg ade terasa masinnya

      Delete
  9. rasanya ayam goreng pasar malam lg sdap dari ayam goreng kfc tu..:)

    ReplyDelete
  10. deno jarang sangat makan KFC.. tahun lepas 2 kali je makan KFC.. sebabnya deno rasa KFC sekarang makin masin dan masin tak baik untuk kesihatan... sebab tu jarang sangat pergi kfc abe....

    ReplyDelete