e

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435 Hijrah~ Kelebihan Selawat Ke Atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam


Assalamualaikum & selamat pagi semua.. Rasa tenang je suasana hari ni, campur sedikit sunyi di kawasan kejiranan.. Memandangkan cuti hari ini, mungkin ramai yang berehat duduk di rumah sahaja. Zam pula, kalau jadi akan keluar ke kedai buku sebentar lagi mencari sesuatu untuk dijadikan hadiah untuk seseorang.

Sempena Maulud Nabi ini, tentu ada yang terlibat dengan perarakan dan majlis sambutan. Bagus juga kan, ada juga aktiviti untuk dilakukan sambil memperoleh pahala berselawat :)

Bercakap tentang selawat, sebenarnya tiada pun hari yang dikhusukan untuk kita melakukannya.. Apapun, harapannya semoga pada hari ini kita akan jadi lebih mengingati baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari hari-hari sebelumnya dengan memperbanyakkan selawat keatasnya.

Sama-sama kita muhasabah diri, supaya di hari mendatang selepas ini, kita akan terus memperbanyakkan selawat walaupun bukan pada hari Maulidur Rasul, sebagai tanda kasih & cintakan Nabi. 

Semoga kita sama-sama beroleh syafaat di hari pengadilan nanti.. Siapa lagi tempat kita untuk mencari perlindungan & pertolongan pada masa itu kalau bukan dari Nabi kita sendiri..

16 comments: