e

Thursday, January 23, 2014

Suhu Awal Pagi Di Malaysia Semakin Sejuk?

Assalamualaikum & selamat malam semua. Sebenarnya, Zam perasan perkara ni sejak minggu lepas lagi, bila ada rakan sekerja Zam yang bercerita tentang rasa sejuk (yang keterlaluan) yang dirasai mereka di waktu malam & awal pagi, sehingga ada yang menyangkakan mereka mengalami demam. Zam ingat, Zam seorang je yang rasa macam tu, rupanya mereka pun sama.

Kemudian, semalam Zam terbaca status yang ditulis oleh blogger Hasrul Hassan di FB:


Tadi isteri bagitahu ... bulan 2 ni nak mula kemarau panjang .. tanda-tanda dah ada .... Sejuk melampau di pagi hari walaupun pada malamnya tidak hujan Panas di siang hari, tapi panas yang tidak terik cuma kering. Bibir mula merekah

Seterusnya, komen-komen rakan blogger yang Zam baca di entri blogger Eraz Fadli juga memperkatakan tentang suhu di tempat mereka yang terlalu sejuk (boleh rujuk entri ini). 

Nampaknya, macam seluruh Malaysia yang merasai perubahan suhu yang menurun ni. Benarkah?

Yang terakhir, petikan artikel yang Zam jumpa pula menceritakan perkara berikut:


Jadi Zam nak tanya, macam mana pula di tempat anda? Adakah anda juga merasakan kesejukan yang terlampau?

Patutlah sejak kebelakangan ni, Zam selalu terjaga sebab terasa angin kipas yang dipasang tu terlalu sejuk, padahal sebelum ni tak macam tu.. Rupanya kesejukan angin kipas tu ditambah dengan suhu sekarang ni.. 

Bukan apa, Zam kena hidup kan kipas sebab nak halau nyamuk. Sebagai alternatif sebab Zam tak sukakan bau ubat nyamuk elektrik dan asap tu.. 

2 malam dah, Zam tidur dengan memakai sweater. Tak pakai selimut, sebab tak kan lekat di badan masa tidur. 

32 comments:

  1. Mmg sejuk....kat tampin n9 pagi2 suhu antara 22 ke 23°...

    ReplyDelete
  2. memang terasa la sejuknya tu bila bangun pagi..sejuk sangat..menggigil..

    ReplyDelete
  3. sejuk... bangun pagi air paip macam air batu....

    ReplyDelete
  4. memang sejuk pun..rasa air tu macam ais

    ReplyDelete
  5. betul la tu, kat perlis pun dah mula kering sejak awal bulan ni lg... skrg baru mula rasa sejuk semacam... tidur selimut 2 lapis, kipas buka level speed 1 jer... weee~

    ReplyDelete
  6. Seeeeejjuuukkkk.. Kat kindy memang pakai socks je dlm rumah tu. Then hari tu our principal call, suruh off aircond bcos it was too cold! Lol.. Esok Zam bgn, tiba2 ada salji. Acaner tu? Haha..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. kan... semua negeri alami situasi yg sama

      Delete
  8. Memang sejuk pun, tidur malam tak pasang kipas kut...

    ReplyDelete
  9. Di Kuala Terengganu..pagi2..sejuk macam duk cameron highland pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ituah yg zam baca.. sejuk tul kat sana

      Delete
  10. di putrajaya pon sama...walhal x hujan pon sepanjang 2 minggu nie...pagi cuaca mendung...ptg panas terik..dlm terik pon bdn rasa menggigil, kipas xleh lebey dr no 1....memg sejok giler...kat opis siap pakai stokin & sarung tgn..sejokkkk tahap beku dahhh...anak mandi pg pon kena jerang air panas dolu (heater xde..hehehe)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh.. panas terik pun masih terasa sejuk ae... isk3

      Delete
  11. kat Cheras pun sejuk juga - mandi pun air pun terasa sejuk ---- kte suka cuaca mcam ni

    ReplyDelete
  12. Kat area Kemensah Height ni suhu pagi ni 22c.. Mmg sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menggigil la klu mcm tu.. perghh beku otak!

      Delete
  13. kat batu pahat pun sejuk. pagi pagi sanggup jalan kat tempat yg ade cahaya matahari sebab nk panas kan badan. before ni tak buat mcm tu pun.

    ReplyDelete
  14. Kat senawang negeri sembilan pun sejuk.ingat demam rupa2 mmg cuaca mula sejuk..hoho

    ReplyDelete
  15. Kat senawang negeri sembilan pun sejuk.ingat demam rupa2 mmg cuaca mula sejuk..hoho

    ReplyDelete
  16. mmg pun saya tinggal di cameron tp bile turun ke kuala lipis beberapa hari yg lalu saya terasa macam hampir sama dengan suhu di cameron...pelik

    ReplyDelete
  17. mmg pun saya tinggal di cameron tp bile turun ke kuala lipis beberapa hari yg lalu saya terasa macam hampir sama dengan suhu di cameron...pelik

    ReplyDelete
  18. kat melaka suhu 23 darjah celcius....

    ReplyDelete