e

Thursday, February 27, 2014

Dia Takut Jamnya Dibuang Zam

Pagi ni sebelum memulakan kertas percubaan UPSR untuk murid murid tahun 6, Zam diberitahu seorang rakan mengenai jam tangan yang dipakai seorang murid tidak berfungsi. Bila Zam minta untuk melihat jamnya, dia takut takut dan tak mahu tunjukkannya pada Zam. Tangannya disorok bawah meja, dan bila Zam pegang tangannya untuk melihat jam tu, dia keraskan tangannya.

"Eh awak ni kenapa? Cikgu nak tengok je lah jam awak tu" Zam mula pelik dengan perangainya.
"Saya takut cikgu buang jam saya nanti.." balasnya perlahan.

Adess... Budak ni memang takut tak bertempat la... Zam buka dan ambil jam tangan tu lepas berikan jaminan kepadanya.

Casio. Ori. Baru dibeli.. Tapi kenapa rosak pula ni...? Masuk air ke? Tapi water resistant..
"Cikgu hantar kedai dulu ae.. Tukar bateri" ujar Zam

"Cikgu jangan buang tau.." balasnya balik

Adussssss...Iyeee cikgu tak buang.. Takut sangat!


27 comments:

  1. mesti budak tu syg giler kt jam tu..mungkin hadiah dr mak @ ayah dia ke...zam g tukaq betri, kompom betri abeh tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. mgkn kan.. tp dia ni mmg jenis takut tak bertempat

      Delete
  2. Hehehe ,, dia sayang sangat kat jam tu sbb tu la dia takut biler Zam bukak jam tangan dia tu ..
    Bagus betul Cikgu Zam siap nak bawak ke kedai tukar bateri lg ...
    Cikgu prihatin la nie ...
    Selamat melayani kareneah anak2 murid ya Zam..
    Selamat pagi cikgu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sb dia duk asrama... tak dpt keluar ke kedai sdri.. haa slmt pgi juga ;)

      Delete
  3. alahai... ksianye murid cikgu zam ni.. takut sgt .. =)

    ReplyDelete
  4. baiknye la hai cikgu zam nihh..siap tolong tukaw bateri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak dpt kuar sb duduk asrama.. jd niat nk tolong je lah

      Delete
  5. omomo..mcm jam timm lar..upss..mmg timm ske jam casio yg cm budk2 nie..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. sb kecik ae & kena dgn saiz tgn gegirl?

      Delete
  6. bagusnye cikgu zam ni,tolong tukarkan bateri lg..
    cikgu contoh nih..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak dpt kluar dr asrama utk tukar bateri.. kecik lg.. tu rs nk tolong

      Delete
    2. yeke..mst budak2 sedih nt cikgu zam dorg nak pindah lak..

      Delete
  7. Muka Cikgu Zam tu garang sangat kot. Hehehehe.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  8. SESUATU YANG DISAYANGI MEMANG SUKAR UNTUK DIBERI SENTUH OLEH ORANG LAIN.

    ReplyDelete
  9. Mesti jam tu ada makna or rahsia tersembunyi haha cuba abg zam tny dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kalau tanya, mmg sampai sudah tak jawab soalan zam agaknya...

      Delete