e

Monday, February 24, 2014

Kisah Zam Diserang Pacat


Assalamualaikum & selamat tengah hari. Kisah yang Zam nak kongsikan hari ni sebenarnya berlaku pada cuti semester persekolahan tahun lepas, waktu Zam mencari sesuatu di dalam hutan di belakang rumah Zam. Nak tahu aktiviti apa, boleh baca entri ini (klik).

Masa tu, memang banyak pacat yang cuba memanjat ke kaki Zam. Maklumlah cuaca lembap sebelum tu. Mulanya Zam kikis pacat yang memanjat tu dengan belakang pisau dapur yang Zam bawa bersama sebelum mereka sempat menghisap darah, tapi sebab dah banyak sangat, Zam biarkan saja.. Sampai rumah nanti, bila dah kenyang, pandailah pacat tu gugur sendiri. 

Bukan tak nak tarik & cabut masa mereka menghisap, tapi ada kawan yang bagutahu kalau kita buat macam tu, pacat tu akan tinggalkan enzim yang akan membuatkan kita rasa gatal-gatal pada bekas gigitan tu.

Tapi, makin lama Zam biarkan, pacat pacat ni naik lemak pula.. Dah kembung perut dengan darah pun tak nak berhenti menghisap lagi.. Sudahnya Zam ambil minyak Mestika & titiskan keatas pacat-pacat tu.. Haa... Kan dah kena.. Kepanasan pacat-pacat tu gugurkan badan dari kaki Zam.. 

PS: Sudahnya, sebulan lepas tu pun, rasa gatal-gatal pada bekas gigitan tu tak hilang-hilang..

15 comments:

  1. geli ler pulak....pernah kena gigit jugak masa kecik....

    ReplyDelete
  2. eii idok le kalau kena pacat..mau tak makan seminggu hehe

    ReplyDelete
  3. Solehah mmg takut dgn pacat n lintah. eii klu dua ni dtg, mulalah solehah cuak bkn main. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lintah tu, zam mintak simpang.. sebab besar bagak!

      Delete
  4. Oh selalunya chegu guna rokok, larutkan dlm air, pastu titikkan kat tempat dia melekap, terus jatuh pacattu

    ReplyDelete
    Replies
    1. zam prnh gk dgr tips rokok tu ms kecik.. tp tk prnh cuba

      Delete
  5. hoho... pernah kena serang lebih kurang mcm ni gak la, kat bukit wang kelian... memang biar ja pacat tu sampai buncit, lepas tu dia jatuh kekenyangan... tapi, darah keluar tak benti2 plak dari kaki, lepas tu rasa gatal kaki... argh, mmg stress time tuh...

    ReplyDelete