e

Saturday, February 1, 2014

Menu Kulit Ayam Goreng Rangup Jadi Kesukaan Anak Jiran


Assalamualaikum & selamat petang guys.. Zam sebenarnya masih dalam kepenatan dan rasa mengantuk yang teramat, sebab dari pagi tadi sibuk dengan bermacam kerja di rumah (rujuk entri ini). Lepas selesai semua urusan tadi, tiba masa untuk makan tengah hari biarpun dah masuk petang.

Masa keluar ke pasar pagi tadi Ayah pesan dengan Zam untuk beli 2 ekor ayam, dan minta si penjual buang kulit ayam tu. Zam pula, tiba-tiba teringat nak buat Kulit Ayam Goreng Rangup, jadi Zam cakap kepada si penjual untuk pisahkan kulit ayam tu, tapi jangan dibuang kerana Zam mahukan kulit tersebut. Pulang ke rumah, dengan bantuan Ma, Zam gorengkan kulit tu bersalut tepung agar menjadi rangup. (biarpun Ma dan Ayah tak galakkan Zam makan.. hehe degil kan?)

Hasilnya, macam dalam gambar yang diatas tu.. Sekali sekala, tak apa makan, asalkan bukan selalu.. & kebetulan, anak jiran Zam yang datang bermain dengan anak buah Zam masuk ke dapur waktu Zam makan tengah hari, minta diberikan air masak. 

Zam jemput dia makan  nasi sekali, mulanya dia taknak, dan dia cuma ambil beberapa ketul coklat Daim yang kami sediakan di dapur. 

Kemudian lepas dia keluar dari dapur, tapi tiba tiba dia masuk ke dapur semula, dan minta kulit ayam goreng rangup tu..

Dia keluar semula selepas itu, tapi sekali lagi dia masuk ke dapur, letakkan semua gula gula Daim tadi yang dah diambilnya dan gantikannya dengan beberapa keping kulit ayam goreng tu. 

Dia keluar dari dapur, tapi kemudian dia datang lagi untuk kali ke 4 untuk ambil semuanya sekali.. Last last, habis kulit ayamg goreng rangup tu kat dia.. Haha... Gelak Zam dengan Ma tengok perangai dia.. Lucu pun ada.. Suka benar dia..

17 comments:

  1. Replies
    1. yummy tu yg tk sehat sbnrnya kn.. tp sb dh sedap...

      Delete
  2. nampak rupa pun memang sedap, dah banyak ayam boy pun ye jugak :)

    ReplyDelete
  3. huh... benda yang tak sihat memang sedap... lepas tu silalah makan sayur utk cover balik benda tak sihat tu hohoho...

    ReplyDelete
  4. IM suka kulit ayam goreng walaupun tau tak elok sagat makan. Hehe

    ReplyDelete
  5. memang sedap..tetapi tidak elok diamalkan...ikhlas dari www.tepakku.com

    ReplyDelete