e

Thursday, February 13, 2014

Susulan Entri Kinder Joy: Ini Sebabnya Mengapa Ia Diharamkan Di Amerika

Assalamualaikum & selamat malam semua. Berkenaan entri Zam Coklat Kinder Yang Diharamkan Di Amerika Syarikat sebelum ini, oleh kerana ramai rakan blogger yang mengadu tulisan captionnya terlalu kecil dan mesej yang cuba disampaikan oleh iklan tersebut tidak dapat difahami, jadi Zam tampilkan semula entri tersebut dengan penerangan yang lebih jelas. Maafkan Zam ya sebab entri tersebut disediakan betul-betul sebelum Zam mulakan kelas tambahan di sebelah petang, jadi Zam tak sempat nak menghuraikannya dengan lebih panjang lebar.

Kisah Kinder Joy, Dodge Ball & Little Red Riding Hood Yang Diharamkan Di Amerika Syarikat


Sebenarnya 3 iklan yang Zam kongsikan sebelum ini (rujuk entri) disediakan dalam bentuk yang artistik dan unik kerana mereka ingin mengkritik tindakan pengharaman Kinder Joy, Dodge Ball & Little Red Hiding Hood di negara Amerika.

Mereka menggunakan 2 orang kanak-kanak dalam setiap iklan (rujuk entri), seperti contoh seorang kanak-kanak memegang Kinder Joy, dan seorang lagi kanak-kanak memegang senjata api, sambil mereka mengemukakan solan berbunyi begini: "Salah seorang dari kanak-kanak ini memegang sesuatu yang diharamkan di Amerika untuk melindungi mereka.. Cuba teka yang mana satu?"

Apabila membacanya, tentu sahaja ramai yang memilih kanak-kanak yang memegang senjata api sebagai jawapan, sedangkan yang diharamkan sebenarnya ialah Kinder Joy. Secara mudah, mereka menempelak pihak yang mengharamkan Kinder Joy atas alasan membahayakan, sedangkan ada yang lebih berbahaya daripada Kinder Joy iaitu senjata api. 

(Kinder Joy diharamkan kerana dianggap sebagai mengancam keselamatan kanak-kanak melalui permainan kecil yang disediakan di dalamnya yang dikhuatiri akan menyebabkan kanak-kanak tercekik.)

Sementara itu, lain pula halnya dengan Dodge Ball dan Little Red Riding Hood. Dodge Ball diharamkan kerana ia dianggap sebagai satu sukan yang ganas, dan LRRH pula diharamkan kerana ilustrasi botol arak yang terdapat di pada muka depat buka tersebut. (rujuk entri).

Diharapkan dengan penerangan Zam ini akan dapat menjelaskan sebarang kekeliruan yang berlaku pada entri sebelum ini, ya ^^

24 comments:

  1. tak bahaya pun mainan dlm kinder joy tuuu

    ReplyDelete
  2. aku bagi adik aku main kinder joy tu wat rilek je. hihi.

    ReplyDelete
  3. kinder joy mahal btw terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. zam perasan gak tu.. dkt 10rgt ke satu

      Delete
  4. oo..bru fhm..thanks..tp ank sy pn suka kinder joy tu bkn untuk mkn mungkin sbb bentuknya..:)

    ReplyDelete
  5. ooo macam tu ya...Good message anyway..I think so...Thanks for sahring zam!!!

    ReplyDelete
  6. eeeeuu..alasan x munasabah laaa yg pasai mainan kinder joy tuu..dah la mainan cinonet jaaa...klu bg kat baby, memey laa bahaya...mcm² laaa US nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa mcm tu lah.. mslhnye tak adil sb ada benda bahaya lain yg tak diharamkan

      Delete
  7. ohh.. dah faham 100%.. hehe. xberasas sgt laa reason dorg banned tuu.. byk lg faktor lain yg bleh mndtgkn bahaya kpd komuniti tp dorg lebih haramkn hal2 yg remeh.. xmasuk dek akal.. ~.~

    ReplyDelete
  8. laaaa.. gitu je ceritanya? serius sgt dia org sampai nak haramkan huhu dah la fav tu... sodap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm lucu pun ade sb coklat yg diharamkan

      Delete
  9. tapi pelik pulak bila kinder joy lagi bahaya dari senjata api..ish3

    ReplyDelete