e

Tuesday, March 18, 2014

Bermain Bola Dengan Mata Tertutup

Assalamualaikum & selamat pagi semua. Ahad lepas, Zam ada kongsikan sedikit info tentang permainan yang biasa dimainkan oleh murid-murid Zam di sekolah pendidikan khas ni. Jadi untuk pengetahuan semua, nama bola dan permainan tersebut ialah Goalball- permainan melibatkan bola khusus untuk individu kurang upaya (buta). Apapun, terima kasih Zam ucapkan kepada anda yang cuba menjawab dan tinggalkan komen di entri tersebut :)


Macam yang anda boleh lihat, permainan yang melibatkan 2 pasukan ini dianggotai oleh 3 pemain dengan gawang gol yang luas. Setiap pemain boleh melakukan serangan, dan setiap pemain juga perlu mempertahankan gawang gol mereka. Bola goalball ni diperbuat dari getah, tak berangin, sangat keras dan mempunyai loceng di dalamnya. Jadi, bila bola bergolek, loceng di dalamnya akan berbunyi, dan pemain akan cuba menangkap bola itu dari memasuki gawang gol dengan mengesan bunyi tersebut. Dan yang paling penting, semua kena pakai penutup mata!


Nampak macam mudah, tapi permainan ni mencabar, lasak dan memerlukan kepekaan yang tinggi. Silap haribulan, bila bola keras tu kena kat muka, tanggunglah sendiri.. Hehe


Ni Zam masa main goalball dulu, lama gila tak main



last2, kulit tapak tersiat lepas main.. pedih wooo


24 comments:

  1. Replies
    1. ^^ kalau berminat, leh cuba klu bpeluang

      Delete
  2. wah,,,,susah nie kalau nak main bola sambil tutup mata..tapi menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak susah gak masa nak biasakan diri mula2..

      Delete
  3. wah.. nampak menarik tu.. mesti mencabar main bola dengan mata tertutup..

    ReplyDelete
  4. Huh , pedih aih sirat kulit....

    ReplyDelete
  5. terror dah tu kalo dpt tangkap bola dengan mata tertutup :)

    ReplyDelete
  6. silap2 boleh bertembung pulak dgn member sndiri :-)

    ReplyDelete
  7. first time dgr ni. thanks to blog cg zam

    ReplyDelete