Assalamualaikum & selamat malam semua.
Akhirnya, Projek Memikat Suami Episode 12 bersiaran juga lepas seminggu ditunda. Semestinya, ramai yang tertunggu-tunggu akan kemunculan episode kali ini, dan banyak maklumat yang diterima berkenaan tarikh sebenar tayangannya sebelum ini tapi rata-ratanya kecewa lepas menunggu, ianya tak disiarkan. Jadi akhirnya, tentu ramai yang dapat mengagak ia akan disiarkan minggu ini seperti biasa.
Pada yang bertanya di blog Zam sebelum ini, Zam minta maaf juga sebab Zam tak jumpa info mengenainya walaupun dah mencari untuk menjawab persoalan anda. Maafkan Zam ya :)
Apapun, berkenaan episod 12 ni, Zam tertarik dengan satu menu yang dihidangkan Zahrain untuk memujuk Una (Husna) ketika Husna berkeras tak mahu makan masakan ibunya- takut akan muntah akibat loya. Menu tu, kononnya ialah smoked mackerel.. Hmm.. Nampak macam best.. & kalau tak salah Zam, mackerel ni lebih kurang macam sardin.. Tapi tak pasti nama tempatannya.
(sumber)
Kalau sardin tu, pernah lah masak.. Peram dengan kicap, bawang putih, sos tiram sebelum dibakar.. Perghh memang sedap.. Kalau mackerel salai ni, tak tahulah pula rasanya..
PS: Ada sesiapa boleh kongsikan kisah makanan yang diidam masa mengandung kat sini?
belum pernah ada pengalaman mengandung lagi..haha..
ReplyDeletetakpa ... ^^
Deletemenarik sajo... :D
ReplyDeletehttp://santanmanis.blogspot.com/2014/03/blog-santan-manis-masuk-majalah-remaja.html
sal makanan tu ke ;)
Deletesememangnya diri ini nak sgt tgk cerita nih, tapi apakan daya. xda masa. huaaa
ReplyDeletetakpe.. utamakan yg lebh penting ^^
Deletearghh..ingatkan dh ada video cete tu..hahaha..beria kite klik tau nak bace....
ReplyDeletemasih tak jumpa la sis.. huhu
Deletemasa preggy anak no 2 dan no 3, kalau boleh hari2 nak makan seafood. tapi larat ke nak layan hari2..bukan murah tu..hehehehe
ReplyDeleteterpaksalah kan mkn dgn bersederhana.. hehe
DeleteAssalamualaikum zam. wahh macam best je. sheila masa mengidam ni suka makan nasi. dulu kurang sangat makan nasi. hehe selera kampung pulak tu... hehee selamat pagi, sheila singgah sambil menabung sini ~~~
ReplyDeletewaalaikumussalam.. itulh.. zam teringin gk nk mkn
DeleteUna sebenarnya nak smoked mackarel yang kat negeri omputeh tu...hahahaha. Lepas tu dia nak cicah dengan kicap, patah2kan cili besar...hijau. Bukan merah yer...hahahahaha
ReplyDeleteMemang macam tu lah ragam orang mengandung.
Masa akak mengandung, banyak juga yang akak nak. Antaranya betik muda masak lemak dengan serai dan dim sum. Tapi yang paling renyah ada dua :
1. Roti aiskrim. Roti hot dog yang diletak aiskrim scoop kat tengah dia. Tapi nak yang di jual oleh penjual aiskrim yang naik motor. Hubby beli roti dan aiskrim dari supermarket dan buat di rumah, akak tak lalu makan.
2. Tiap2 hari nak makan buah potonh. Buah macam2 tu. Tembikai, betik, mangga, ciku...apa2 jer lah. Tapi nak beli dari penjual yang buahnya dah siap di potong tu. Kawan2 jenuh beli buah macam2 di pasar dan potong2kan, tapi akak tak nak. Tak ada selera. Tapi bila jumpa orang yang jual buah potong, sebeban akak borong.
Yer, tak semua anak yang dikandung mempunyai perangai cerewet yang sama yer. Kalau 8 anak, 8 kali mengandung, 8 lah ragam mengandung tau.
Psst : Zam ni tengah buat preparation macam Zahrain tu ke?
perggghhhh.... dahsyat tuuuu... hehe... nk yg dijual oleh pnjual lg tu... hehe
DeleteMengidam daging pelanduk...hihi
ReplyDelete