e

Showing posts with label projek memikat suami episode 12 ditunda. Show all posts
Showing posts with label projek memikat suami episode 12 ditunda. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Projek Memikat Suami Episode 12: Smoked Mackerel

Assalamualaikum & selamat malam semua. 

Akhirnya, Projek Memikat Suami Episode 12 bersiaran juga lepas seminggu ditunda. Semestinya, ramai yang tertunggu-tunggu akan kemunculan episode kali ini, dan banyak maklumat yang diterima berkenaan tarikh sebenar tayangannya sebelum ini tapi rata-ratanya kecewa lepas menunggu, ianya tak disiarkan. Jadi akhirnya, tentu ramai yang dapat mengagak ia akan disiarkan minggu ini seperti biasa.

Pada yang bertanya di blog Zam sebelum ini, Zam minta maaf juga sebab Zam tak jumpa info mengenainya walaupun dah mencari untuk menjawab persoalan anda. Maafkan Zam ya :)

Apapun, berkenaan episod 12 ni, Zam tertarik dengan satu menu yang dihidangkan Zahrain untuk memujuk Una (Husna) ketika Husna berkeras tak mahu makan masakan ibunya- takut akan muntah akibat loya. Menu tu, kononnya ialah smoked mackerel.. Hmm.. Nampak macam best.. & kalau tak salah Zam, mackerel ni lebih kurang macam sardin.. Tapi tak pasti nama tempatannya.


Kalau sardin tu, pernah lah masak.. Peram dengan kicap, bawang putih, sos tiram sebelum dibakar.. Perghh memang sedap.. Kalau mackerel salai ni, tak tahulah pula rasanya..

PS: Ada sesiapa boleh kongsikan kisah makanan yang diidam masa mengandung kat sini?

Thursday, March 13, 2014

PROJEK MEMIKAT SUAMI EPISODE 12


Projek Memikat Suami Episode 12 Tonton Online

Video akan dikongsikan setelah tersedia nanti. Tayangan asal 10 Mac 2014 diubah siarannya ke hari ini bagi memberi laluan & penghormatan keatas peristiwa gempar yang menimpa pesawat MH370.

TERKINI: PROJEK MEMIKAT SUAMI EPISODE 12 AKAN DITAYANGKAN PADA HARI INI 17 MAC PUKUL 10 MALAM.

Sinopsis:


2 kali Una menangis hari ni, kenapa agaknya ya? Dan Zahrain pelik dengan perangai Una yang macam menjauhkan diri dari dia.. & Yang paling best, Zahrain akan jadi daddy.. Kelam kabut dia cari cili hijau untuk isterinya sebab mengidam nak makan dengan smoked makcerel yang dimasak Zahrain.




Untuk menonton secara online Projek Memikat Suami Episode 1 - 11, anda boleh hit pada PAUTAN INI.