Assalamualaikum & selamat malam semua.
Akhirnya, Projek Memikat Suami Episode 12 bersiaran juga lepas seminggu ditunda. Semestinya, ramai yang tertunggu-tunggu akan kemunculan episode kali ini, dan banyak maklumat yang diterima berkenaan tarikh sebenar tayangannya sebelum ini tapi rata-ratanya kecewa lepas menunggu, ianya tak disiarkan. Jadi akhirnya, tentu ramai yang dapat mengagak ia akan disiarkan minggu ini seperti biasa.
Pada yang bertanya di blog Zam sebelum ini, Zam minta maaf juga sebab Zam tak jumpa info mengenainya walaupun dah mencari untuk menjawab persoalan anda. Maafkan Zam ya :)
Apapun, berkenaan episod 12 ni, Zam tertarik dengan satu menu yang dihidangkan Zahrain untuk memujuk Una (Husna) ketika Husna berkeras tak mahu makan masakan ibunya- takut akan muntah akibat loya. Menu tu, kononnya ialah smoked mackerel.. Hmm.. Nampak macam best.. & kalau tak salah Zam, mackerel ni lebih kurang macam sardin.. Tapi tak pasti nama tempatannya.
Kalau sardin tu, pernah lah masak.. Peram dengan kicap, bawang putih, sos tiram sebelum dibakar.. Perghh memang sedap.. Kalau mackerel salai ni, tak tahulah pula rasanya..
PS: Ada sesiapa boleh kongsikan kisah makanan yang diidam masa mengandung kat sini?