e

Sunday, March 9, 2014

Dari AJK Hadiah Ke Tugasan Jurukamera


Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Hampir sebulan dah sejak Zam dilantik menjadi AJK Hadiah bersama guru & staf lain di sekolah untuk Majlis Persaraan Guru Besar esok, dan sehinggalah Jumaat lepas, boleh dikatakan tugas tu dah 95% selesai. Sebagai pembantu, Zam terlibat juga dalam mencari hadiah yang dirasakan sesuai dan beberapa barangan lain yang berkaitan. 

Jadi esok, akan bermulalah tugas Zam yang kedua sebagai jurukamera majlis. Jumaat lepas ketika raptai penuh, Zam mengambil kesempatan untuk mengasah semula skill. Memandangkan itu majlis rasmi & majlis terakhir buat guru besar di sekolah, Zam harap hasil gambar yang diambil nanti memuaskan hati. Bukan apa, kadang-kadang hasil nya ikut mood juga.. Ada masa, bila moodnya hilang, gambar yang diambil seolah tak memuaskan hati..

PS: Kena cool & rileks untuk esok.

12 comments: