e

Saturday, March 8, 2014

Isyarat Terakhir MH370 Di Tengah Laut | Maritim Malaysia Tidak Temui Objek Di Lokasi

Assalamualaikum & selamat petang semua. Bagi pembaca yang mengikuti berita mengenai pesawat MAS yang dilaporkan hilang hari ini di blog Zam, berikut disediakan antara berita susulan mengenainya. Sumber dipetik dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.


HANOI (Vietnam): Pihak berkuasa Vietnam mengesan isyarat terakhir pesawat MAS MH370 di luar pantai barat daya negara itu di Laut China Selatan. Pegawai Gerakan Mencari dan Menyelamat Vietnam Pham Hien berkata, isyarat itu dikesan di 120 batu nautika di barat daya wilayah Ca Mau. 

Pengarah pihak berkuasa penerbangan awam Vietnam Lai Xuan Thanh berkata, pesawat itu sedang terbang di kawasan laut dan dalam perjalanan memasuki ruang udara Vietnam tetapi pegawai kawalan udara tidak menerima sebarang perhubungan selepas kali terakhir dikesan. 

Sementara itu, Vietnam yang bekerjasama dengan Malaysia dan China turut melancarkan gerakan mencari pesawat pesawat Boeing 777-200 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing. - AGENSI

Maritim Malaysia Tidak Temui Objek Di Lokasi Pesawat Dilaporkan Hilang 

PUTRAJAYA 8 Mac - Kapal laut KM Amanah milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah sampai ke lokasi pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang dari radar namun tidak menjumpai sebarang objek. 

Jurucakap Maritim Malaysia berkata, dua lagi kapal laut milik agensi itu sudah menghampiri lokasi pesawat itu dilaporkan hilang sebelum ini. Sebuah helikopter turut digunakan bagi operasi mencari dan menyelamat. 

Kali terakhir isyarat daripada penerbangan MH370 itu dikesan ialah di 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di perairan Laut China Selatan dan tiada petanda kecemasan daripada pesawat B777-200 dengan 239 orang dalam pesawat berkenaan. 

Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi kira-kira dua jam selepas berlepas. Pesawat yang membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 kru, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.- UTUSAN ONLINE.

2 comments:

  1. Semoga Allah swt mberi kita ptunjuk ntuk mnemui mgsa tlibat dalam misteri kehilangan mh370 ni.. mm.

    ReplyDelete