Assalamualaikum dan selamat malam buat warga Malaysia. Satu perkhabaran gembira yang pastinya membuatkan seluruh rakyat Malaysia apabila skuad Harimau Malaya layak ke final piala AFF Suzuki menentang Thailand. Malaysia menang menerusi agregad 4-5, dengan 4 gol yang dijaringkan di Vietnam malam ini, berbalas 2. Sebelum ini, Malaysia tumpas kepada Vietnam dengan mata 1-2.
Showing posts with label vietnam. Show all posts
Showing posts with label vietnam. Show all posts
Thursday, December 11, 2014
Monday, December 8, 2014
Wajah-Wajah Yang Dicari Selepas Insiden Pergaduhan Penyokong Malaysia Dan Vietnam
Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Selepas tercetusnya insiden yang tidak sepatutnya berlaku semalam selepas tamatnya perlawanan diantara pasukan Malaysia dan Vietnam, maka ada diantara sebilangan rakyat kita yang cuba menjejak siapakah pelaku dan pesalah yang telah mencemarkan imej rakyat Malaysia di rantau Asean.
Mereka mencari bukti menerusi gambar-gambar dan status di Facebook si pesalah yang dimuat naik sebelum dan selepas insiden pergaduhan diantara penyokong Malaysia dan Vietnam. Hebat benar rakyat kita, kerana boleh menjadi detektif hanya dengan mencari akaun si pesalah. Hasilnya, banyak maklumat yang diperolehi, dan maklumat tersebut telah diviralkan dengan meluas di alam maya.
Sunday, December 7, 2014
Saturday, March 8, 2014
Waris Penumpang MH370 Diminta Bersedia Dengan Pasport Untuk Diterbangkan Ke Lokasi
Assalamualaikum & selamat malam.
Susulan berita kapal terbang MAS hilang di ruang udara Vietnam awal pagi tadi, pihak MAS dilaporkan telah meminta waris penumpang MH370 untuk bersedia dengan pasport di KLIA sebelum diterbangkan ke lokasi yang dirahsiakan pada sebelah petang, hari ini.
Menurut sumber, seorang penumpang yang ditemuramah telah memaklumkan kepada media bahawa pihak MAS bersedia membawa dua orang waris bagi setiap penumpang MH370 pada pukul 6 petang dengan pesawat MH307.
Selain itu dalam masa yang sama, sumber lain turut memaklumkan bahawa waris penumpang MH370 diminta hadir ke Menara Tinjau KLIA beserta pasport:
"Walaupun nasib pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak awal pagi tadi belum dapat disahkan, namun kaum keluarga mula berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mereka dilihat berkumpul di bilik Menara Tinjau, KLIA. pihak media dilarang daripada memasuki kawasan itu. Seorang daripada keluarga penumpang pesawat berkata beliau dimaklumkan setiap keluarga diberi dua tiket untuk ke kawasan pesawat berkenaan dan akan bertolak pada jam 6 petang."
Isyarat Terakhir MH370 Di Tengah Laut | Maritim Malaysia Tidak Temui Objek Di Lokasi
Assalamualaikum & selamat petang semua. Bagi pembaca yang mengikuti berita mengenai pesawat MAS yang dilaporkan hilang hari ini di blog Zam, berikut disediakan antara berita susulan mengenainya. Sumber dipetik dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.
HANOI (Vietnam): Pihak berkuasa Vietnam mengesan isyarat terakhir pesawat MAS MH370 di luar pantai barat daya negara itu di Laut China Selatan.
Pegawai Gerakan Mencari dan Menyelamat Vietnam Pham Hien berkata, isyarat itu dikesan di 120 batu nautika di barat daya wilayah Ca Mau.
Pengarah pihak berkuasa penerbangan awam Vietnam Lai Xuan Thanh berkata, pesawat itu sedang terbang di kawasan laut dan dalam perjalanan memasuki ruang udara Vietnam tetapi pegawai kawalan udara tidak menerima sebarang perhubungan selepas kali terakhir dikesan.
Sementara itu, Vietnam yang bekerjasama dengan Malaysia dan China turut melancarkan gerakan mencari pesawat pesawat Boeing 777-200 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.
- AGENSI
Maritim Malaysia Tidak Temui Objek Di Lokasi Pesawat Dilaporkan Hilang
Labels:
beijing,
kapal terbang mas hilang,
maritim malaysia,
mh370,
vietnam
Kapal Terbang MAS Hilang: Laporan Yahoo Malaysia Tentang Pengesahan Tentera Laut Dan Media Vietnam
Susulan Kapal Terbang MAS Hilang: Zam baru sahaja menemui berita di Yahoo Malaysia mengenai laporan media Vietnam yang memetik sumbernya melalui Tentera Laut mereka. Untuk membaca mengenainya, hit pada pautan ini: http://bit.ly/1h04Pjm
Sementara itu dalam masa yang sama, penerbangan MH370 telah digugurkan dari jadual ketibaan di Beijing.
Berikut disertakan pautan laporan media Vietnam berkaitan berita ini: http://bit.ly/1kDHaLc
Walaubagaimanapun, tiada pengesahan lagi dibuat tentang berita yang telah disiarkan oleh media Vietnam itu oleh pihak berwajib di Malaysia. Sama-samlaha kita terus berdoa untuk keselamatan mereka.
Labels:
beijing,
kapal terbang mas hilang,
nanming,
tuoitre,
vietnam
Subscribe to:
Comments (Atom)








