Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Selepas tercetusnya insiden yang tidak sepatutnya berlaku semalam selepas tamatnya perlawanan diantara pasukan Malaysia dan Vietnam, maka ada diantara sebilangan rakyat kita yang cuba menjejak siapakah pelaku dan pesalah yang telah mencemarkan imej rakyat Malaysia di rantau Asean.
Mereka mencari bukti menerusi gambar-gambar dan status di Facebook si pesalah yang dimuat naik sebelum dan selepas insiden pergaduhan diantara penyokong Malaysia dan Vietnam. Hebat benar rakyat kita, kerana boleh menjadi detektif hanya dengan mencari akaun si pesalah. Hasilnya, banyak maklumat yang diperolehi, dan maklumat tersebut telah diviralkan dengan meluas di alam maya.

