e

Showing posts with label piala aff suzuki 2014. Show all posts
Showing posts with label piala aff suzuki 2014. Show all posts

Saturday, December 20, 2014

Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia Vs Thailand


Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia Vs Thailand

Assalamualaikum dan selamat malam.

Pada sesiapa yang menonton perlawanan malam ini, tentu merasa yakin pada mulanya apabila kita mendahuli 2 - 0 pada separuh masa pertama, dan bila babak kedua bermula, kita mengatasi dengan 3 - 0. Namun, 10 minit terakhir yang mencemaskan menjadi mimpi ngeri bila 2 pemain Thailand menjaringkan bola ke gawang gol Malaysia. Salah seorangnya, Charyl Chappois.

Lebih dramatik, gawang gol Malaysia dibolosi beberapa ketika setelah pengulas mengatakan bahawa 10 minit terakhir yang genting.

Walaupun Malaysia mengatasi 3-2 di tempat sendiri, namun dari kiraan agregat, kemenangan berpihak kepada Thailand kerana telah sedia mengutip 2 ata di negara mereka sendiri.

Sedih dan kecewa, namun itulah adat bertanding. Mungkin ada beberapa teknik yang perlu diubah selepas ini dalam pasukan Malaysia.


Pemain Bola Malaysia Mohon Maaf Kerana Fesyen Rambut Qaza


Assalamualaikum dan selamat malam.

Mungkin ramai yang tidak tahu, timbulnya isu pemain kita ditegur oleh rakyat Malaysia apabila mereka mengenakan gaya rambut baru bagi menunjukkan semangat sempena perlawanan menentang Thailand malam ini. Gaya rambut qaza yang dimuat naik oleh page rasmi ERA di Facebook mengundang teguran dan cemuhan dari rakyat Malaysia sendiri. 

Sebilangan dari kita lebih memilih untuk mengeji dan mencemuh dari memberikan kata kata dan nasihat yang elok, Berapa ramai antara kita yang betul-betul memahami bahawa mereka juga manusia seperti kita. Sepertimana kita terasa dengan kata-kata yang menyakitkan hati, mereka pun sama.

Apapun, Indra Putra tampil memberikan respon dengan profesional. Dari gaya qaza yang dilakukan, beliau mengubahnya dengan mencukur habis rambutnya sehingga botak.

Wednesday, December 17, 2014

Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 17 Disember Thailand Vs Malaysia



Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 17 Disember Thailand Vs Malaysia

Pusingan Pertama

Thailand 2 - Malaysia 0

Sunday, December 14, 2014

Tarikh Final Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia Menentang Thailand


Tarikh Final Piala AFF Suzuki 2014

THAILAND vs MALAYSIA - 17 Disember 2014

MALAYSIA vs THAILAND 20 Disember 2014

Thursday, December 11, 2014

Malaysia Ke Final Piala AFF Suzuki Setelah Kalahkan Vietnam 11 Disember


Assalamualaikum dan selamat malam buat warga Malaysia. Satu perkhabaran gembira yang pastinya membuatkan seluruh rakyat Malaysia apabila skuad Harimau Malaya layak ke final piala AFF Suzuki menentang Thailand. Malaysia menang menerusi agregad 4-5, dengan 4 gol yang dijaringkan di Vietnam malam ini, berbalas 2. Sebelum ini, Malaysia tumpas kepada Vietnam dengan mata 1-2.

Monday, December 8, 2014

Wajah-Wajah Yang Dicari Selepas Insiden Pergaduhan Penyokong Malaysia Dan Vietnam

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Selepas tercetusnya insiden yang tidak sepatutnya berlaku semalam selepas tamatnya perlawanan diantara pasukan Malaysia dan Vietnam, maka ada diantara sebilangan rakyat kita yang cuba menjejak siapakah pelaku dan pesalah yang telah mencemarkan imej rakyat Malaysia di rantau Asean. 

Mereka mencari bukti menerusi gambar-gambar dan status di Facebook si pesalah yang dimuat naik sebelum dan selepas insiden pergaduhan diantara penyokong Malaysia dan Vietnam. Hebat benar rakyat kita, kerana boleh menjadi detektif hanya dengan mencari akaun si pesalah. Hasilnya, banyak maklumat yang diperolehi, dan maklumat tersebut telah diviralkan dengan meluas di alam maya.



Sunday, November 30, 2014

Gambar Ini Menjawab Di Mana Penjaga Gol Singapura Sewaktu Malaysia Menjaringkan Gol Ke 3


Kecoh semalam di alam maya apabila Malaysia berjaya mengatasi Singapura dengan jumlah jaringan 3 berbalas 1 di Piala AFF Suzuki 2014. Apa yang menjadi tanda tanya apabila menonton video pendek jaringan tersebut ialah, dimanakah penjaga gol Singapura sewaktu jaringan ke 3 dibuat oleh Indra Putra kerana beliau tiada di sekitar kawasan gol pada waktu kecemasan tersebut.

Dan, akhirnya melalui blog ooo.medianetwok Zam dapat tahu kedudukan sebenar penjaga gol Singapura di awal waktu Indra Putra memperolehi bola dari rakan sepasukannya.