e

Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

Puasa Sunat Arafah Di Malaysia 2015 Dan Niat Puasa Arafah



Bagi orang yang tidak menunaikan haji dianjurkan untuk menunaikan puasa Arafah iaitu pada tanggal 9 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis Abu Qotadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda, “Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”
[HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qotadah]


Wednesday, March 11, 2015

Bunga Tekoma Warnai 'Musim Bunga' Di Malaysia


ps: baru Zam tahu, nama pokok ini adalah Tekoma. Nak baca lebih lanjut, boleh klik di entri Zam semalam: Musim Bunga DI Malaysia Serentak Dengan Musim Sakura di Jepun.


Tuesday, March 10, 2015

'Musim' Bunga 2015 Di Malaysia Serentak Dengan Musim Sakura Di Jepun

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 

Tahun lepas, heboh diperkatakan tentang 'musim' bunga yang melanda di beberapa negeri di Malaysia, terutamanya di Kedah. Namun apa yang berlaku bukanlah musim bunga kerana di Malaysia tidak terdapat musim bunga, tetapi kerana sudah tiba masanya pokok tersebut mengeluarkan bunganya yang lebat, bewarna merah jambu dan putih, seolah-olah sama dengan bunga sakura yang terkenal di Jepun.

Tapi tahukah anda, 'musim' bunga tersebut kembali lagi tahun ini? Ini dikongsikan melalui gambar-gambar di halaman Facebook Greeting From Penang!


Dan dalam masa yang sama, halaman Visit Japan Now semalam turut berkongsikan gambar Musim Sakura yang baru berlabuh di Negara Matahari Terbit tersebut. 

Saturday, December 20, 2014

Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia Vs Thailand


Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia Vs Thailand

Assalamualaikum dan selamat malam.

Pada sesiapa yang menonton perlawanan malam ini, tentu merasa yakin pada mulanya apabila kita mendahuli 2 - 0 pada separuh masa pertama, dan bila babak kedua bermula, kita mengatasi dengan 3 - 0. Namun, 10 minit terakhir yang mencemaskan menjadi mimpi ngeri bila 2 pemain Thailand menjaringkan bola ke gawang gol Malaysia. Salah seorangnya, Charyl Chappois.

Lebih dramatik, gawang gol Malaysia dibolosi beberapa ketika setelah pengulas mengatakan bahawa 10 minit terakhir yang genting.

Walaupun Malaysia mengatasi 3-2 di tempat sendiri, namun dari kiraan agregat, kemenangan berpihak kepada Thailand kerana telah sedia mengutip 2 ata di negara mereka sendiri.

Sedih dan kecewa, namun itulah adat bertanding. Mungkin ada beberapa teknik yang perlu diubah selepas ini dalam pasukan Malaysia.


Pemain Bola Malaysia Mohon Maaf Kerana Fesyen Rambut Qaza


Assalamualaikum dan selamat malam.

Mungkin ramai yang tidak tahu, timbulnya isu pemain kita ditegur oleh rakyat Malaysia apabila mereka mengenakan gaya rambut baru bagi menunjukkan semangat sempena perlawanan menentang Thailand malam ini. Gaya rambut qaza yang dimuat naik oleh page rasmi ERA di Facebook mengundang teguran dan cemuhan dari rakyat Malaysia sendiri. 

Sebilangan dari kita lebih memilih untuk mengeji dan mencemuh dari memberikan kata kata dan nasihat yang elok, Berapa ramai antara kita yang betul-betul memahami bahawa mereka juga manusia seperti kita. Sepertimana kita terasa dengan kata-kata yang menyakitkan hati, mereka pun sama.

Apapun, Indra Putra tampil memberikan respon dengan profesional. Dari gaya qaza yang dilakukan, beliau mengubahnya dengan mencukur habis rambutnya sehingga botak.

Wednesday, December 17, 2014

Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 17 Disember Thailand Vs Malaysia



Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 17 Disember Thailand Vs Malaysia

Pusingan Pertama

Thailand 2 - Malaysia 0

Sunday, December 14, 2014

Tarikh Final Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia Menentang Thailand


Tarikh Final Piala AFF Suzuki 2014

THAILAND vs MALAYSIA - 17 Disember 2014

MALAYSIA vs THAILAND 20 Disember 2014

Thursday, December 11, 2014

Malaysia Ke Final Piala AFF Suzuki Setelah Kalahkan Vietnam 11 Disember


Assalamualaikum dan selamat malam buat warga Malaysia. Satu perkhabaran gembira yang pastinya membuatkan seluruh rakyat Malaysia apabila skuad Harimau Malaya layak ke final piala AFF Suzuki menentang Thailand. Malaysia menang menerusi agregad 4-5, dengan 4 gol yang dijaringkan di Vietnam malam ini, berbalas 2. Sebelum ini, Malaysia tumpas kepada Vietnam dengan mata 1-2.