e

Showing posts with label thailand. Show all posts
Showing posts with label thailand. Show all posts

Saturday, December 20, 2014

Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia Vs Thailand


Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia Vs Thailand

Assalamualaikum dan selamat malam.

Pada sesiapa yang menonton perlawanan malam ini, tentu merasa yakin pada mulanya apabila kita mendahuli 2 - 0 pada separuh masa pertama, dan bila babak kedua bermula, kita mengatasi dengan 3 - 0. Namun, 10 minit terakhir yang mencemaskan menjadi mimpi ngeri bila 2 pemain Thailand menjaringkan bola ke gawang gol Malaysia. Salah seorangnya, Charyl Chappois.

Lebih dramatik, gawang gol Malaysia dibolosi beberapa ketika setelah pengulas mengatakan bahawa 10 minit terakhir yang genting.

Walaupun Malaysia mengatasi 3-2 di tempat sendiri, namun dari kiraan agregat, kemenangan berpihak kepada Thailand kerana telah sedia mengutip 2 ata di negara mereka sendiri.

Sedih dan kecewa, namun itulah adat bertanding. Mungkin ada beberapa teknik yang perlu diubah selepas ini dalam pasukan Malaysia.


Pemain Bola Malaysia Mohon Maaf Kerana Fesyen Rambut Qaza


Assalamualaikum dan selamat malam.

Mungkin ramai yang tidak tahu, timbulnya isu pemain kita ditegur oleh rakyat Malaysia apabila mereka mengenakan gaya rambut baru bagi menunjukkan semangat sempena perlawanan menentang Thailand malam ini. Gaya rambut qaza yang dimuat naik oleh page rasmi ERA di Facebook mengundang teguran dan cemuhan dari rakyat Malaysia sendiri. 

Sebilangan dari kita lebih memilih untuk mengeji dan mencemuh dari memberikan kata kata dan nasihat yang elok, Berapa ramai antara kita yang betul-betul memahami bahawa mereka juga manusia seperti kita. Sepertimana kita terasa dengan kata-kata yang menyakitkan hati, mereka pun sama.

Apapun, Indra Putra tampil memberikan respon dengan profesional. Dari gaya qaza yang dilakukan, beliau mengubahnya dengan mencukur habis rambutnya sehingga botak.

Wednesday, December 17, 2014

Player No 7 Thailand Charyl Chappuis


Nah.. Gara-gara perlawanan Thailand menentang Malaysia tadi, tiba-tiba wall FB dan Twitter dipenuhi dengan angka 7 ( no 7 ). Pada mulanya tu, tak berapa faham sangat kenapa naik carian no 7 tu, kemudian bila tengok gambar di atas dengan maklumat dari Twitter, barulah tahu no 7 yang menjadi sebutan adalan nombor jersi pemain Thailand, Charyl Chappuis. Patutlah jadi carian dan diperkatakan orang, muka jambu rupanya. Isk isk..

Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 17 Disember Thailand Vs Malaysia



Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 17 Disember Thailand Vs Malaysia

Pusingan Pertama

Thailand 2 - Malaysia 0

Sunday, December 14, 2014

Tarikh Final Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia Menentang Thailand


Tarikh Final Piala AFF Suzuki 2014

THAILAND vs MALAYSIA - 17 Disember 2014

MALAYSIA vs THAILAND 20 Disember 2014