Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Tahun lepas, heboh diperkatakan tentang 'musim' bunga yang melanda di beberapa negeri di Malaysia, terutamanya di Kedah. Namun apa yang berlaku bukanlah musim bunga kerana di Malaysia tidak terdapat musim bunga, tetapi kerana sudah tiba masanya pokok tersebut mengeluarkan bunganya yang lebat, bewarna merah jambu dan putih, seolah-olah sama dengan bunga sakura yang terkenal di Jepun.
Tapi tahukah anda, 'musim' bunga tersebut kembali lagi tahun ini? Ini dikongsikan melalui gambar-gambar di halaman Facebook Greeting From Penang!
Dan dalam masa yang sama, halaman Visit Japan Now semalam turut berkongsikan gambar Musim Sakura yang baru berlabuh di Negara Matahari Terbit tersebut.
Untuk pengetahuan semua, musim sakura bukanlah musim bunga di Jepun, kerana pada masa sekarang hanya pokok sakura yang berbunga dengan lebatnya di seluruh Jepun.
Kedua-dua pokok yang disebutkan adalah berbeza jenisnya, namun mungkin kerana kebetulan, ia berbunga pada waktu yang serentak. Maka fenomena ia nampak sangat menarik kerana berbunga dengan lebat di waktu yang sama biarpun di dua buah negara yang berbeza iklimnya.
wow sangat cantik dan menarik. hehehe . teringin nak g penang alone2
ReplyDeletetak dinafikan memang cantik..kagum sangat
ReplyDeletesubhanallah.. indahnya...
ReplyDeletecantikkkkk... kena tanam pokok ni nampak gaya hihihi..
ReplyDeletecantiiikkkk nyaaaa!!!!!
ReplyDeletekat Melaka pon ade juga pokok nie ..kat area taman saya ..memang cantik dan feeling feeling kat Jepun hahahahahah
ReplyDeleteCantik pula tgk.
ReplyDeleteZH Blogger
Masyaallah cantik.
ReplyDeleteTapikan nampak macam ada seekor lembu juga