e

Saturday, March 8, 2014

Waris Penumpang MH370 Diminta Bersedia Dengan Pasport Untuk Diterbangkan Ke Lokasi

Assalamualaikum & selamat malam.

Susulan berita kapal terbang MAS hilang di ruang udara Vietnam awal pagi tadi, pihak MAS dilaporkan telah meminta waris penumpang MH370 untuk bersedia dengan pasport di KLIA sebelum diterbangkan ke lokasi yang dirahsiakan pada sebelah petang, hari ini.

Menurut sumber, seorang penumpang yang ditemuramah telah memaklumkan kepada media bahawa pihak MAS bersedia membawa dua orang waris bagi setiap penumpang MH370 pada pukul 6 petang dengan pesawat MH307.



Selain itu dalam masa yang sama, sumber lain turut memaklumkan bahawa waris penumpang MH370 diminta hadir ke Menara Tinjau KLIA beserta pasport:

"Walaupun nasib pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak awal pagi tadi belum dapat disahkan, namun kaum keluarga mula berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mereka dilihat berkumpul di bilik Menara Tinjau, KLIA. pihak media dilarang daripada memasuki kawasan itu. Seorang daripada keluarga penumpang pesawat berkata beliau dimaklumkan setiap keluarga diberi dua tiket untuk ke kawasan pesawat berkenaan dan akan bertolak pada jam 6 petang."

9 comments:

  1. hope semuanya selamat dan kita harus bersabar dan tawakal dengan berita yang diterima.....

    ReplyDelete
  2. Hmmm.. Kesian dorang. Semoga tabah..

    ReplyDelete
  3. sedih bila mengenangkan apalah nasib mereka agaknya...
    semoga yang baik2 sahaja yg berlaku...aamiin

    ReplyDelete
  4. Doa sahaja yg termampu. A sad day to us in malaysia.

    ReplyDelete
  5. Berat mata mmandang berat lg bahu yg mmikul..

    ReplyDelete